Pasangan suami isteri dikatakan mengalami masalah
kesuburan apabila masih tidak memperoleh zuriat dalam tempoh 12 bulan melakukan
hubungan kelamin tanpa perlindungan (selepas setahun berkahwin), manakala enam
bulan bagi isteri berusia bawah 35 tahun. Ketidaksuburan juga merujuk kepada
wanita yang sering mengalami keguguran dan tidak dapat meneruskan kandungan
hingga bayi dilahirkan.
Masalah ini biasanya sering dihadapi pasangan berusia antara 20 hingga 45 tahun. Malah, peluang
seseorang wanita cuba untuk mengandung tanpa rawatan sewajarnya adalah rendah. Sebanyak
85 peratus pasangan dengan tahap kesuburan normal akan memperoleh zuriat dalam
tempoh setahun mencuba (usia wanita bawah 40 tahun). Jika mereka tidak
memperoleh zuriat dalam tempoh berkenaan (tahun pertama perkahwinan), peluang
mendapat anak semakin rendah setiap bulan dan semakin tipis seiring dengan
peningkatan usia isteri.
Bagi mendapatkan zuriat, ovum atau telur perlu
disenyawakan dengan sperma dan ovum itu dilepaskan dari ovari dalam tempoh
kesuburan yang berlaku sekali dalam sebulan iaitu antara 12 hingga 16 hari dari
hari terakhir datang haid jika kitaran haid wanita berkenaan normal antara 28
hingga 30 hari.
Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Pakar Kesuburan,
Pusat Perubatan Sunway (SunMed), Dr P Kannappan berkata, masalah kesuburan
sebenarnya berlaku tidak kira jantina kerana statistik menunjukkan faktor
lelaki dan wanita menyumbang kepada masalah kesuburan adalah sama.
“Dalam kalangan pasangan yang mempunyai masalah
kesuburan, anggaran 40 hingga 50 peratus kes disebabkan suami, 40 peratus lagi
disebabkan isteri, manakala 10 hingga 20 peratus lagi adalah kombinasi suami
dan isteri.
“Bagi wanita, ketidaksuburan disebabkan sistem
peranakan bermasalah seperti ovari tidak menghasilkan ovum ketika ovulasi
disebabkan pelbagai punca.
“Antara puncanya, masalah ovari seperti menopaus
awal, menghidap penyakit sindrom ovari Polisistik (PCOS), sakit kronik
berpanjangan seperti diabetes, kanser atau kegagalan buah pinggang, kesan
sampingan ubatan seperti kemoterapi atau pengambilan dadah dan masalah genetik.
“Malah, gangguan hormon menjejaskan ovulasi seperti
terlalu banyak hormon prolactine yang dihasilkan kelenjar pituitari, terlalu
banyak atau terlalu sedikit hormon thyroxine yang dihasilkan kelenjar tiroid,
pertambahan atau kekurangan berat badan juga menjejaskan pengeluaran hormon,”
katanya.
Menurutnya, masalah membabitkan tiub falopia,
serviks dan rahim juga menyebabkan isteri sukar hamil antaranya menghidap
endometriosis iaitu ketumbuhan selaput dinding rahim (endometrium) di luar
rahim, jangkitan pada rahim dan tiub Fallopio. Selain itu, katanya, penyakit
radang pelvik (PID) disebabkan kuman klamidia, komplikasi pembedahan
membabitkan tiub Fallopio, serviks dan rahim serta ketumbuhan fibroid dalam
rahim juga menjadi punca sukar hamil.
Bagi lelaki pula, ketidaksuburan dikaitkan dengan
penghasilan sperma tidak berkualiti dari segi kuantiti, pergerakan dan bentuk.
Bagaimanapun, ada segelintir lelaki dilahirkan dengan buah zakar yang tidak
dapat menghasilkan sperma sama sekali atau sperma dihasilkan sangat sedikit. Namun,
banyak faktor menjejaskan penghasilan sperma dan ketidaksuburan lelaki,
termasuk kesan sampingan sesetengah ubatan, pengambilan dadah, gangguan hormon,
ketumbuhan pada zakar dan komplikasi pembedahan di bahagian kemaluan.
“Penghasilan sperma juga boleh terjejas akibat
jangkitan pada zakar oleh kuman daripada penyakit jangkitan seks. Malah, lelaki
yang akil baligh dan terkena penyakit beguk juga berisiko mandul kerana kuman
penyakit itu menyerang kilang sperma sehingga tiada langsung sperma dihasilkan.
“Selain itu, lelaki yang terdedah kepada bahan
radioaktif atau kimia atau haba tinggi di tempat kerja, mengalami kecederaan di
bahagian kemaluan akibat kemalangan atau bersukan juga berisiko mengalami
ketidaksuburan.
“Bagaimanapun, ada juga lelaki subur tetapi tiada
ereksi ketika melakukan hubungan kelamin disebabkan masalah saraf yang mungkin
tercedera atau masalah psikologi, menyebabkan sperma tidak dapat dipancut
keluar,” katanya.
Dr Kannapan berkata, amalan gaya hidup tidak sihat
dan pengambilan makanan tidak seimbang serta berlebihan juga menyumbang kepada
ketidaksuburan membabitkan lelaki dan wanita.
“Berat badan juga memainkan peranan dalam tahap
kesuburan seseorang apabila berat yang berlebihan mengundang pelbagai penyakit
yang menjejaskan penghasilan ovum dan sperma.
“Bagi lelaki obes, tahap kesuburannya merosot akibat
hormon tidak seimbang, manakala wanita obes atau terlalu kurus pula berdepan
masalah gangguan hormon sehingga jarang mengovulasi atau langsung tidak
mengovulasi.
“Biasanya, selepas berkahwin, kira-kira 95 peratus
isteri akan bertambah berat badan sebanyak lima hingga 20 kilogram (kg),
manakala 70 peratus lelaki akan bertambah berat sebanyak lima kg.
“Selain itu, tekanan perasaan akibat bebanan kerja
atau masalah lain serta merokok menyumbang kepada ketidaksuburan,” katanya.
Beliau berkata, pasangan baru berkahwin dan belum
mendapat zuriat walaupun mencuba dalam tempoh enam bulan atau lebih, digalakkan
menemui pakar kesuburan kerana pengesanan awal mampu merancang kaedah rawatan
sebagaimana wajar diberikan.
“Sperma berkualiti diukur dari segi bilangan,
pergerakan dan bentuk. WHO menurunkan tahap normal kesuburan lelaki apabila
menanda aras kira-kira 32 peratus daripada 39 juta sperma bagi setiap satu
mililiter (ml) bergerak aktif, dengan empat peratus daripadanya mempunyai rupa
bentuk sempurna membabitkan bahagian kepala, leher dan ekor.
“Berbanding 15 tahun lalu, lelaki dikatakan subur
apabila 50 peratus daripada 40 juta sperma bagi setiap satu ml bergerak aktif,
dengan 15 peratus daripadanya sempurna sifat. Sperma tidak normal apabila
didapati kepala terlalu besar atau kecil atau berkepala dua, manakala leher dan
ekor pula terlalu panjang atau pendek.
“Pembedahan mengeluarkan sperma dijalankan jika
wujud halangan yang mencegah sperma memancut secara normal disebabkan
kecederaan atau jangkitan, kecacatan kongenital apabila suami dilahirkan tanpa
vas deferens iaitu tiub yang menyalurkan sperma dari zakar, vasektomi dan zakar
yang menghasilkan terlalu sedikit sperma sehingga tidak mampu mencapai tiub
berkenaan.
SUMBER : http://www.hmetro.com.my/node/32283#sthash.8j4L23El.dpuf
UNTUK MENGETAHUI BILA TERJADINYA OVULASI, ADA
BEBERAPA CARA YANG DAPAT DIGUNAKAN OLEH ISTERI
- sistem kalendar - ketahui waktu subur anda
- suhu tubuh basal /Body Temperature - Suhu tubuh normal biasanya 35.5 – 36°C. Pada waktu
ovulasi, suhu akan turun dulu dan naik kembali mencapai 37 – 38°C dan tidak akan kembali
ke suhu normal 35°C.
- Pengeluaran cecair lendir serviks
- strip penguji masa subur biasanya boleh dibeli di farmasi terdekat
SEDIKIT PANDUAN UNTUK MUDAH HAMIL
Dr Hamid Arshat, pakar kesuburan.
1. Untuk para wanita, digalakkan untuk kahwin cepat
bila ada peluang. Kajian membuktikan yang wanita paling subur sebelum umor 20
tahun. Masa itu belum tumbuh endometriosis , fibroids dan lain2 penyakit
peranakan.
2. Lebih 80% wanita akan hamil satu tahun lepas
kahwin. Jika ada senggugut atau gangguan haid, sila jumpa doktor secepat mungkin
untuk periksa peranakan dan juga melakukan ujian kesuburan.
3. Tentukan status kesihatan suami isteri terbaik. Silalah
buat rawatan jika salah seorang dari pasangan ada penyakit.
4. Mampu buat hubungan seksual yang sempurna dan memuaskan. Ada yang kahwin
selama 6 tahun tapi masih gagal menembusi selaput dara isteri. Jumpa pakar
untuk rawatan jika masih gagal dalam tempoh 6 bulan kahwin.
5. Peluang hamil adalah terbaik jika pusingan haid
isteri teratur, iaitu 28-30 hari (+/- 5 hari). Waktu subur atau ovulation adalah
pada hari ke14 jika pusingan 28 hari dan waktu subur adalah pada hari ke16 jika pusingan 30 hari.
Waktu subur boleh dikesan oleh catitan suhu BBT dan
ovulation test kit
6. Hubungan seksual haruslah dilakukan selang malam
mulai hari ke12 hingga hari ke20. Kekuatan benih suami paling terbaik adalah dalam
jarak 48 jam.
Baca al- fatihah, ayat qursi dan tiga qul sebelum
tidur. Baca doa untuk dapat zuriat yang terbaik sebelum jimak agar dilindungi
dari gangguan syaitan.
Jangan bangun untuk buang air atau cuci faraj bila
bersetubuh pada waktu subur. Kepit peha dan alas bantal dibawah punggong selama
2-4 jam atau terus tidur.
Jika ada peluang pergi bercuti ditempat peranginan
ketika isteri subur.
7. Ketenangan jiwa dan lapang fikiran pada kedua suami
dan isteri adalah sangat penting untuk menjayakan kehamilan.
Exercise selama 30 minit sehari dengan berjalan kaki
, jogging , kayuh basikal, berkebun, basuh kereta atau cuci rumah.
Buat senaman yoga, tai chi atau deep breathing
exercise.
Mulut dan hati sentiasa berzikir mengingati dan
memuji Allah SWT.
Baca quran 2-3 muka setiap hari.
Tahan marah dan bersabar walaupun menghadapi
provokasi.
8. Kawal berat badan. Kegemukan akan mengganggu
hormon subur dan akan menghindar pematangan telur/ovulation.
9. Pemakanan yang berkhasiat dan berzat sangat
penting. Sebaiknya 70% makanan dari bahan2 segar segar mentah - buah2 dan
sayur2. Minumlah jus segar dari
buah-buahan dan sayur-sayuran. Jauhkan gula dan manisan, fast dan junk foods
.
10. Makan supplement multivitamins, vit E dan C,
folic acid. Dan tambahan untuk suami zinc dan selenium.
SET KESUBURAN SHAKLEE TERBAIK
UNTUK SUAMI DAN JUGA ISTERI
B Complex
- Bagi suami, B Complex penting untuk menjana tenaga.
Paling penting B Complex bersifat anti stress. Jadi suami atau isteri lebih
menikmati masa 'bersama'. Bagi isteri pula, amat penting mengambil B Complex
untuk merancang kehamilan. Kandungan asid folik di dalamnya diperlukan untuk
elak risiko spina bifida pada bayi (pembentukan tulang belakang yang tak
sempurna).
- juga mengandungi biotin yang penting dalam persediaan untuk hamil
GLA Complex
- Merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang membentuk
prostaglandin - bahan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses
badan yang normal.
- Penting untuk isteri bagi menghasilkan 'cecair
kesuburan'. Cairan ini membantu memberi ruang untuk sperma terus hidup di dalam
tiub fallopio hingga lima hari.
- GLA juga berfungsi memberi keseimbangan
hormon yang memberi kesan pusingan period yang tetap dan kurangkan kesakitan
ketika datang bulan.
- membantu dalam mengecutkan cyst jika ada.
Vita E
- membantu dalam meningkatkan kualiti sperma.
Menambah kiraan atau bilangan sperma.
- meningkatkan kesuburan dan kebolehan
reproduktif bagi suami dan isteri.
- juga membantu melahirkan rasa 'bersemangat' untuk
bersama pasangan masing-masing.
- membantu melancarkan peredaran darah
Zinc Complex
- Dirumus dari zinc glukonat semulajadi yang digabung
dengan nutrien semulajadi yang lain untuk menghasilkan zinc yang mudah diserap
oleh tubuh.
- juga membantu menambah kepekatan dan kekuatan sperma.
- bertindak meransang
perbentukan hormon testosterone juga menambah jumlah bilangan sperma.
- menguatkan tahap ketahanan sperma agar lebih laju menuju ovum
Vita Lea
- Penting bagi membekalkan dan menyeimbangkan
keperluan nutrisi dalam dalam. Oleh kerana gaya hidup yang sibuk, pemakanan
yang tak sihat. Semua ini sebab kita hilang atau tak langsung menikmati nutrisi
penting sehari-hari. Jika badan dilengkapi dengan semua vitamin dan mineral.
Pastinya badan akan lebih cekap berfungsi.
- Vitalea mengandungi 28 jenis multivitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh kita. Masalah kesuburan boleh berpunca dari kekurangan nutrient dalam badan. Jadi, Vitalea berfungsi untuk memenuhi ruang-ruang kosong tersebut.
- Vitalea mengandungi 28 jenis multivitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh kita. Masalah kesuburan boleh berpunca dari kekurangan nutrient dalam badan. Jadi, Vitalea berfungsi untuk memenuhi ruang-ruang kosong tersebut.
Vita C
- Mengandungi kandungan anti oksidan yang tinggi untuk menghapuskan radikal bebas di dalam badan.
- Bertindak menghalang sperma daripada bergumpal.
- Juga menjadikan salur darah lembut, mengembang dan membantu mengalirkan
lebih banyak darah.
- amat membantu bagi lelaki yang mengalami masalah mati pucuk.
- Bagi wanita, ia membantu mengawal keseimbangan hormon, menguatkan sistem imunisasi dan meningkatkan kesuburan.
- Bagi wanita, ia membantu mengawal keseimbangan hormon, menguatkan sistem imunisasi dan meningkatkan kesuburan.
saya akan cadangkan vitamin kesuburan terbaik untuk anda bersesuaian dengan masalah yang anda hadapi..yang penting, jangan cepat putus asa, banyakkan berzikir, berdoa dan bertawakkal. Ada individu yang berjaya hamil walau dengan mengamalkan selama 2 minggu, ada yang sebulan, 3 bulan..semuanya bergantung pada badan anda..jangan putus harap..semoga ada rezeki untuk anda dan pasangan menimang cahaya mata sendiri..
TESTIMONI SET KESUBURAN SHAKLEE
Hubungi saya kalau anda berminat untuk dapatkan set kesuburan suami isteri shaklee atau mana-mana vitamin shaklee
Zety
Shaklee Independent Distributor (ID-1084234)
Sms/whatsapp: 013-2343837
Email: norizzatiey@gmail.com
FB: www.facebook.com/zety.blubery
*produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat,menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
No comments:
Post a Comment