Kulit kusam ni terjadi akibat kehadiran sel kulit
mati. Kulit kita sebenarnya berganti pada setiap 28 hari atau tiga minggu. Sel
kulit mati ni terjadi apabila tubuh kekurangan protein untuk menyingkirkan sel
mati tersebut.
Bila hal ini terjadi, semakin lama sel mati semakin tebal dan
menyebabkan wajah nampak gelap dan berminyak. Hal ini sedikit sebanyak memang akan mengganggu penampilan seseorang, malah akan menyebabkan kita menjadi kurang yakin untuk berhadapan dengan orang di khalayak ramai.
Pemakanan yang seimbang memang amat disarankan untuk mendapatkan kulit yang cantik ni..bukan senang nak cantik ye..sape2 yang malas mkn sayur dan buah-buahan tu mmg susah sikit la nk hasilkan kulit gebu dan berseri..tambah pulak kalau kulit anda ni jenis berminyak dan berjerawat..memang kena jaga pemakanan anda..x boleh mkn makanan yang berminyak, berlemak, makanan manis2 pon x boleh amalkan sangat..leceh kan?hehehe..
SEL MATI ATAU KULIT KUSAM INI JUGA AKAN MENYEBABKAN
MASALAH KULIT YANG LAIN SEPERTI :
1. Jerawat
2. Warna
kulit tak sekata
3. Jeragat
4. Bintik
– bintik hitam
5. Bintik
– bintik putih
ANTARA PUNCA BERLAKUNYA SEL KULIT MATI
1. Tekanan atau Stress
Stress adalah salah satu gangguan psikologi yang
sering menyerang sesiapa saja. Stress juga merupakan musuh besar dan dapat
mempengaruhi penampilan baik secara fizikal mahupun mental. Stress menyebabkan
kelenjar dalam tubuh yang mengawal emosi akan meningkat sehingga berpengaruh
pada wajah mudah berjerawat, psoriasis (sejenis penyakit dimana kulit mengalami
proses pergantian terlalu cepat), eczema (eksim), gatal-gatal dan juga
bintik-bintik merah yang seterusnya menyebabkan wajah kusam.
2. Diet yang tidak sihat dan kurang teratur
Jika program diet yang diterapkan dan dijalankan
tidak teratur, tidak sihat dan tidak seimbang, tubuh akan kekurangan bekalan
tenaga dan nutrisi yang penting bagi tubuh mahupun wajah itu sendiri. Ada pula
yang menjalankan program diet secara ketat, yang menyebabkan tubuh kekurangan
asid lemak yang baik sehingga membuat kulit kehilangan kesegarannya. Bagi
mereka yang mengalami masalah pemakanan atau eating disorder seperti anorexia
atau bulimia akan kekurangan protein dan vitamin sehingga menyebabkan kulit
menjadi kering dan mudah terkelupas.
3. Kesan sinar UV
Seharian bekerja diluar atau ruangan yang terdedah
kepada cahaya matahari akan mempercepatkan perubahan pigmentasi kulit dan
penuaan kulit, kemudian pada kulit wajah akan timbul titik atau noda
hitam/coklat. Ini akan mencacatkan penampilan anda hingga menyebabkan warna kulit
menjadi tidak sekata.
4. Kurang rehat dan pola tidur tidak teratur.
Kurangnya waktu rehat dan tidur yang tidak teratur
juga akan menyebabkan anda seperti tidak bersemangat dan kuyu. Kulit wajah
memerlukan waktu rehat yang cukup untuk proses penggantian sel-sel kulit yang
baru. Waktu tidur yang baik adalah dalam lingkungan 6-7 jam.
5. Minum minuman beralkohol
Minuman beralkohol akan membuat kulit kekurangan
cairan, terlihat lebih kering dan cepat berkedut. Adalah lebih baik sekiranya
anda mengamalkan minum air putih sekurang-kurangnya 2 Liter sehari untuk
mendapatkan kulit yang segar dan cantik.
6. Tidur yang tidak cukup
Kekurangan waktu tidur akan menyebabkan tubuh
menghasilkan hormon stress. Hormon stress yang terhasilkan akan menjadi
penyebab munculnya jerawat, lingkaran hitam di sekitar bawah mata, membuat
warna kulit terlihat lebih kusam, dan membengkak serta tubuh terasa kurang
darah.
7. Merokok
Hormon estrogen pada wanita tidak mampu mengikat
secara baik kesan dari kandungan rokok yang dihisap. Sebuah kajian menunjukkan
bahawa wanita yang merokok akan kelihatan 10 tahun lebih tua berbanding usia
sebenarnya. Rokok akan mengikat bakteria baik, darah merah dan yang lain-lain
zat yang terkandung di dalam perut. Selain itu rokok juga akan menjadikan kulit
wajah kelihatan lebih kusam dan kotor, sehingga meninggalkan wajah dengan
banyak flek atau noda hitam seperti jeragat.
8. Pola makan yang tidak teratur dan seimbang
Pemakanan yang sihat dan seimbang amat penting untuk
kesihatan terutamanya kulit kita. Makanan yang lebih gula atau garam akan
membuatkan kulit muka kusam dan tidak sihat. Lebihkan makan makanan yang berunsur
sayuran dan buah-buahan agar anda mendapat zat dan nutrien secukupnya.
9. Berat badan yang mudah naik dan turun
Perubahan mendadak pada kenaikan dan penurunan berat
badan juga mengganggu kesihatan kulit. Perubahan berat badan menyebabkan kulit
mudah kusam, berkedut dan kelihatan tua.
10. Kesan negatif dari penggunaan kosmetik
Penggunaan bahan kosmetik yang bukan dari sumber
semulajadi hanya membahayakan kulit. Kandungan kimia dari kosmetik secara
perlahan akan memberikan kesan negative kepada pengguna. Jadi amat penting
untuk memilih kosmetik yang berunsurkan semulajadi.
Memang tidak dinafikan, penjagaan kulit muka amat
penting untuk mendapatkan kulit yang sihat, mulus, cantik dan berseri. Oleh itu,
pastikan kita mengamalkan rutin penting dalam penjagaan wajah.
♥ mencuci
dengan pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit wajah. Sekurang-kurangnya,
cucilah muka anda 2 kali sehari..selain itu, boleh juga menggunakan scrub untuk
buang sel kulit mati. Tapi, x boleh lah selalu ye..seminggu sekali ke..
♥ menyegarkan
kulit wajah dengan toner..pastikan ianya bebas minyak dan alkohol ye..
♥ melembapkan
kulit muka dengan moisturiser
♥ pengambilan
supplement dengan konsisten setiap hari untuk membuang toksin serta merawat
kulit
ANTARA SUPPLEMENT YANG DICADANGKAN UNTUK MERAWAT
KULIT KUSAM
1. VITAMIN
C
-
Membantu memulihkan kulit wajah yang
kering dan kasar
-
Membantu mencerahkan dan menganjalkan kulit
-
Membentuk kolagen
-
Membantu merawat wajah yang kusam dan
mencantikkan kulit
2. VITAMIN
E
-
Bertindak sebagai anti-oksidan
-
Membantu menghilangkan parut jerawat
serta jeragat
-
Membantu melembapkan kulit
-
Mengurangkan kedutan dan garis halus
pada wajah
-
Bertindak sebagi anti-penuaan
-
Membantu mendapatkan tona kulit wajah
yang sekata
3. ESP
-
Sumber protein yang terbaik untuk kulit
-
Membantu dalam pembentukan dan pembinaan
kulit
-
Membantu merawat kulit yang kering dan
kusam
-
Menjadikan kulit wajah cantik dan berseri
-
Menganjalkan kulit
-
Membantu memudarkan parut jerawat,
jeragat serta parut lain pada badan
4. B
COMPLEX
-
Membantu melancarkan peredaran darah
agar wajah tidak kelihatan pucat
-
Membantu merawat stress
-
Membantu menaikkan seri pada muka
-
Membantu menghilangkan kelesuan
sape yang xnak ada kulit yang cantik berseri kan?memang x rugi kalau anda melabur untuk beli supplement. bukan saja badan pon sihat, dapat bonus kulit cantik lagi. jom kita tengok testimoni set kecantikan shaklee ni
cantik kan kulit dorg?kalau anda berminat nk cuba vitamin shaklee ni, boleh lah contact saya ye..
OFFER MAC
ESP BELI 6 PERCUMA 1
ZINC COMPLEX BELI 3 PERCUMA 1
VITALEA FOR CHILDREN BELI 3 PERCUMA 1
Hubungi saya
Zety
Shaklee Independent Distributor (ID-1084234)
Sms/whatsapp: 013-2343837
Email: norizzatiey@gmail.com
FB: www.facebook.com/zety.blubery
*produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat,menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
No comments:
Post a Comment