SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

Monday, March 30, 2015

TIPS UNTUK KESUBURAN SUAMI DAN JUGA ISTERI


Pasangan suami isteri dikatakan mengalami masalah kesuburan apabila masih tidak memperoleh zuriat dalam tempoh 12 bulan melakukan hubungan kelamin tanpa perlindungan (selepas setahun berkahwin), manakala enam bulan bagi isteri berusia bawah 35 tahun. Ketidaksuburan juga merujuk kepada wanita yang sering mengalami keguguran dan tidak dapat meneruskan kandungan hingga bayi dilahirkan.

Masalah ini biasanya sering dihadapi pasangan berusia antara 20 hingga 45 tahun. Malah, peluang seseorang wanita cuba untuk mengandung tanpa rawatan sewajarnya adalah rendah. Sebanyak 85 peratus pasangan dengan tahap kesuburan normal akan memperoleh zuriat dalam tempoh setahun mencuba (usia wanita bawah 40 tahun). Jika mereka tidak memperoleh zuriat dalam tempoh berkenaan (tahun pertama perkahwinan), peluang mendapat anak semakin rendah setiap bulan dan semakin tipis seiring dengan peningkatan usia isteri.

Bagi mendapatkan zuriat, ovum atau telur perlu disenyawakan dengan sperma dan ovum itu dilepaskan dari ovari dalam tempoh kesuburan yang berlaku sekali dalam sebulan iaitu antara 12 hingga 16 hari dari hari terakhir datang haid jika kitaran haid wanita berkenaan normal antara 28 hingga 30 hari.

Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Pakar Kesuburan, Pusat Perubatan Sunway (SunMed), Dr P Kannappan berkata, masalah kesuburan sebenarnya berlaku tidak kira jantina kerana statistik menunjukkan faktor lelaki dan wanita menyumbang kepada masalah kesuburan adalah sama.

“Dalam kalangan pasangan yang mempunyai masalah kesuburan, anggaran 40 hingga 50 peratus kes disebabkan suami, 40 peratus lagi disebabkan isteri, manakala 10 hingga 20 peratus lagi adalah kombinasi suami dan isteri.

“Bagi wanita, ketidaksuburan disebabkan sistem peranakan bermasalah seperti ovari tidak menghasilkan ovum ketika ovulasi disebabkan pelbagai punca.

“Antara puncanya, masalah ovari seperti menopaus awal, menghidap penyakit sindrom ovari Polisistik (PCOS), sakit kronik berpanjangan seperti diabetes, kanser atau kegagalan buah pinggang, kesan sampingan ubatan seperti kemoterapi atau pengambilan dadah dan masalah genetik.

“Malah, gangguan hormon menjejaskan ovulasi seperti terlalu banyak hormon prolactine yang dihasilkan kelenjar pituitari, terlalu banyak atau terlalu sedikit hormon thyroxine yang dihasilkan kelenjar tiroid, pertambahan atau kekura­ngan berat badan juga menjejaskan pengeluaran hormon,” katanya.

Menurutnya, masalah membabitkan tiub falopia, serviks dan rahim juga menyebabkan isteri sukar hamil antaranya menghidap endometriosis iaitu ketumbuhan selaput dinding rahim (endometrium) di luar rahim, jangkitan pada rahim dan tiub Fallopio. Selain itu, katanya, penyakit radang pelvik (PID) disebabkan kuman klamidia, komplikasi pembedahan membabitkan tiub Fallopio, serviks dan rahim serta ketumbuhan fibroid dalam rahim juga menjadi punca sukar hamil.

Bagi lelaki pula, ketidaksuburan dikaitkan dengan penghasilan sperma tidak berkualiti dari segi kuantiti, pergerakan dan bentuk. Bagaimanapun, ada segelintir lelaki dilahirkan dengan buah zakar yang tidak dapat menghasilkan sperma sama sekali atau sperma dihasilkan sangat sedikit. Namun, banyak faktor menjejaskan penghasilan sperma dan ketidaksuburan lelaki, termasuk kesan sampingan sesetengah ubatan, pengambilan dadah, gangguan hormon, ketumbuhan pada zakar dan komplikasi pembedahan di bahagian kemaluan.


“Penghasilan sperma juga boleh terjejas akibat jangkitan pada zakar oleh kuman daripada penyakit jangkitan seks. Malah, lelaki yang akil baligh dan terkena penyakit beguk juga berisiko mandul kerana kuman penyakit itu menyerang kilang sperma sehingga tiada langsung sperma dihasilkan.

“Selain itu, lelaki yang terdedah kepada bahan radioaktif atau kimia atau haba tinggi di tempat kerja, mengalami kecederaan di bahagian kemaluan akibat kemalangan atau bersukan juga berisiko me­ngalami ketidaksuburan.

“Bagaimanapun, ada juga lelaki subur tetapi tiada ereksi ketika melakukan hubungan kelamin disebabkan masalah saraf yang mungkin tercedera atau masalah psikologi, menyebabkan sperma tidak dapat dipancut keluar,” katanya.

Dr Kannapan berkata, amalan gaya hidup tidak sihat dan pengambilan makanan tidak seimbang serta berlebihan juga menyumbang kepada ketidaksuburan membabitkan lelaki dan wanita.

“Berat badan juga memainkan peranan dalam tahap kesuburan seseorang apabila berat yang berlebihan mengundang pelbagai penyakit yang menjejaskan penghasilan ovum dan sperma.

“Bagi lelaki obes, tahap kesuburannya merosot akibat hormon tidak seimbang, manakala wanita obes atau terlalu kurus pula berdepan masalah gangguan hormon sehingga jarang mengovulasi atau langsung tidak mengovulasi.

“Biasanya, selepas berkahwin, kira-kira 95 peratus isteri akan bertambah berat badan sebanyak lima hingga 20 kilogram (kg), manakala 70 peratus lelaki akan bertambah berat sebanyak lima kg.

“Selain itu, tekanan perasaan akibat bebanan kerja atau masalah lain serta merokok menyumbang kepada ketidaksuburan,” katanya.

Beliau berkata, pasangan baru berkahwin dan belum mendapat zuriat walaupun mencuba dalam tempoh enam bulan atau lebih, digalakkan menemui pakar kesuburan kerana pengesanan awal mampu merancang kaedah rawatan sebagaimana wajar diberikan.

“Sperma berkualiti diukur dari segi bilangan, pergerakan dan bentuk. WHO menurunkan tahap normal kesuburan lelaki apabila menanda aras kira-kira 32 peratus daripada 39 juta sperma bagi setiap satu mililiter (ml) bergerak aktif, dengan empat peratus daripadanya mempunyai rupa bentuk sempurna membabitkan bahagian kepala, leher dan ekor.

“Berbanding 15 tahun lalu, lelaki dikatakan subur apabila 50 peratus daripada 40 juta sperma bagi setiap satu ml bergerak aktif, dengan 15 peratus daripadanya sempurna sifat. Sperma tidak normal apabila didapati kepala terlalu besar atau kecil atau berkepala dua, manakala leher dan ekor pula terlalu panjang atau pendek.

“Pembedahan mengeluarkan sperma dijalankan jika wujud halangan yang mencegah sperma memancut secara normal disebabkan kecederaan atau jangkitan, kecacatan kongenital apabila suami dilahirkan tanpa vas deferens iaitu tiub yang menyalurkan sperma dari zakar, vasektomi dan zakar yang menghasilkan terlalu sedikit sperma sehingga tidak mampu mencapai tiub berkenaan.

SUMBER : http://www.hmetro.com.my/node/32283#sthash.8j4L23El.dpuf

UNTUK MENGETAHUI BILA TERJADINYA OVULASI, ADA BEBERAPA CARA YANG DAPAT DIGUNAKAN OLEH ISTERI 

- sistem kalendar - ketahui waktu subur anda

- suhu tubuh basal /Body Temperature - Suhu tubuh normal biasanya 35.5 – 36°C. Pada waktu ovulasi, suhu akan turun dulu dan naik kembali mencapai 37 – 38°C dan tidak akan kembali ke suhu normal 35°C.

- Pengeluaran cecair lendir serviks

- strip penguji masa subur biasanya boleh dibeli di farmasi terdekat


SEDIKIT PANDUAN UNTUK MUDAH HAMIL
Dr Hamid Arshat, pakar kesuburan.



1. Untuk para wanita, digalakkan untuk kahwin cepat bila ada peluang. Kajian membuktikan yang wanita paling subur sebelum umor 20 tahun. Masa itu belum tumbuh endometriosis , fibroids dan lain2 penyakit peranakan.

2. Lebih 80% wanita akan hamil satu tahun lepas kahwin. Jika ada senggugut atau gangguan haid, sila jumpa doktor secepat mungkin untuk periksa peranakan dan juga melakukan ujian kesuburan.

3. Tentukan status kesihatan suami isteri terbaik. Silalah buat rawatan jika salah seorang dari pasangan  ada penyakit.

4. Mampu buat hubungan seksual yang  sempurna dan memuaskan. Ada yang kahwin selama 6 tahun tapi masih gagal menembusi selaput dara isteri. Jumpa pakar untuk rawatan jika masih gagal dalam tempoh 6 bulan kahwin.

5. Peluang hamil adalah terbaik jika pusingan haid isteri teratur, iaitu 28-30 hari (+/- 5 hari). Waktu subur atau ovulation adalah pada hari ke14 jika pusingan 28 hari dan waktu subur adalah pada  hari ke16 jika pusingan 30 hari.
Waktu subur boleh dikesan oleh catitan suhu BBT dan ovulation test kit 

6. Hubungan seksual haruslah dilakukan selang malam mulai hari ke12 hingga hari ke20. Kekuatan benih suami paling terbaik adalah dalam jarak 48 jam.
Baca al- fatihah, ayat qursi dan tiga qul sebelum tidur. Baca doa untuk dapat zuriat yang terbaik sebelum jimak agar dilindungi dari gangguan syaitan.


Jangan bangun untuk buang air atau cuci faraj bila bersetubuh pada waktu subur. Kepit peha dan alas bantal dibawah punggong selama 2-4 jam atau terus tidur.
Jika ada peluang pergi bercuti ditempat peranginan ketika isteri subur.

7. Ketenangan jiwa dan lapang fikiran pada kedua suami dan isteri adalah sangat penting untuk menjayakan kehamilan.


Exercise selama 30 minit sehari dengan berjalan kaki , jogging , kayuh basikal, berkebun, basuh kereta atau cuci rumah.
Buat senaman yoga, tai chi atau deep breathing exercise.
Mulut dan hati sentiasa berzikir mengingati dan memuji Allah SWT.
Baca quran 2-3 muka setiap hari.
Tahan marah dan bersabar walaupun menghadapi provokasi.

8. Kawal berat badan. Kegemukan akan mengganggu hormon subur dan akan menghindar pematangan telur/ovulation. 

9. Pemakanan yang berkhasiat dan berzat sangat penting. Sebaiknya 70% makanan dari bahan2 segar segar mentah - buah2 dan sayur2. Minumlah jus segar dari  buah-buahan dan sayur-sayuran.  Jauhkan gula dan manisan, fast dan junk foods .


10. Makan supplement multivitamins, vit E dan C, folic acid. Dan tambahan untuk suami zinc dan selenium.




SET KESUBURAN SHAKLEE TERBAIK

UNTUK SUAMI DAN JUGA ISTERI 



B Complex
- Bagi suami, B Complex penting untuk menjana tenaga. Paling penting B Complex bersifat anti stress. Jadi suami atau isteri lebih menikmati masa 'bersama'. Bagi isteri pula, amat penting mengambil B Complex untuk merancang kehamilan. Kandungan asid folik di dalamnya diperlukan untuk elak risiko spina bifida pada bayi (pembentukan tulang belakang yang tak sempurna).
- juga mengandungi biotin yang penting dalam persediaan untuk hamil

GLA Complex
Merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang membentuk prostaglandin - bahan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal.
- Penting untuk isteri bagi menghasilkan 'cecair kesuburan'. Cairan ini membantu memberi ruang untuk sperma terus hidup di dalam tiub fallopio hingga lima hari. 
- GLA juga berfungsi memberi keseimbangan hormon yang memberi kesan pusingan period yang tetap dan kurangkan kesakitan ketika datang bulan. 
- membantu dalam mengecutkan cyst jika ada.

Vita E
- membantu dalam meningkatkan kualiti sperma.
Menambah kiraan atau bilangan sperma. 
- meningkatkan kesuburan dan kebolehan reproduktif bagi suami dan isteri. 
- juga membantu melahirkan rasa 'bersemangat' untuk bersama pasangan masing-masing.
- membantu melancarkan peredaran darah

Zinc Complex
Dirumus dari zinc glukonat semulajadi yang digabung dengan nutrien semulajadi yang lain untuk menghasilkan zinc yang mudah diserap oleh tubuh.
- juga membantu menambah kepekatan dan kekuatan sperma. 
- bertindak meransang perbentukan hormon testosterone juga menambah jumlah bilangan sperma.
- menguatkan tahap ketahanan sperma agar lebih laju menuju ovum

Vita Lea
- Penting bagi membekalkan dan menyeimbangkan keperluan nutrisi dalam dalam. Oleh kerana gaya hidup yang sibuk, pemakanan yang tak sihat. Semua ini sebab kita hilang atau tak langsung menikmati nutrisi penting sehari-hari. Jika badan dilengkapi dengan semua vitamin dan mineral. Pastinya badan akan lebih cekap berfungsi.
Vitalea mengandungi 28 jenis multivitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh kita. Masalah kesuburan boleh berpunca dari kekurangan nutrient dalam badan. Jadi,  Vitalea berfungsi untuk memenuhi ruang-ruang kosong tersebut.

Vita C
- Mengandungi kandungan anti oksidan yang tinggi untuk menghapuskan radikal bebas di dalam badan. 
- Bertindak menghalang sperma daripada bergumpal. 
- Juga menjadikan salur darah lembut, mengembang dan membantu mengalirkan lebih banyak darah. 
- amat membantu bagi lelaki yang mengalami masalah mati pucuk.
Bagi wanita, ia membantu mengawal keseimbangan hormon, menguatkan sistem imunisasi dan meningkatkan kesuburan.


saya akan cadangkan vitamin kesuburan terbaik untuk anda bersesuaian dengan masalah yang anda hadapi..yang penting, jangan cepat putus asa, banyakkan berzikir, berdoa dan bertawakkal. Ada individu yang berjaya hamil walau dengan mengamalkan selama 2 minggu, ada yang sebulan, 3 bulan..semuanya bergantung pada badan anda..jangan putus harap..semoga ada rezeki untuk anda dan pasangan menimang cahaya mata sendiri..




TESTIMONI SET KESUBURAN SHAKLEE



Hubungi saya kalau anda berminat untuk dapatkan set kesuburan suami isteri shaklee atau mana-mana vitamin shaklee

Zety
Shaklee Independent Distributor (ID-1084234)
Sms/whatsapp: 013-2343837
Email: norizzatiey@gmail.com
FB: www.facebook.com/zety.blubery
Fanpage FB: Supplement Kiosk
       


*produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat,menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 


Friday, March 27, 2015

MACAM MANA NAK HILANGKAN BATUK??


Batuk adalah tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia). Tindakbalas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.

Batuk terbahagi kepada dua jenis iaitu:

      1.    batuk kering – yang tidak menghasilkan kahak dan biasanya ia akan menyebabkan tekak berasa gatal
      2.    batuk berkahak – yang menghasilkan kahak dan menyebabkan dada terasa penuh dan sukar bernafas. Secara teorinya, batuk jenis ini merupakan batuk yang “membantu” kerana ia mengeluarkan rembesan kahak daripada rongga pernafasan seseorang.

SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA BATUK

ada banyak sebab yang boleh menyebabkan kita dijangkiti batuk..bukan sahaja disebabkan terdedah kepada individu yang dijangkiti virus ni..ada banyak lagi faktor-faktor yang membuatkan kita terkena mudah terkena batuk..antaranya :

-         -   Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza
-         -   Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)
-         -   Alahan
-         -   Asma
-         -   Merokok


-         -   Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
-         -   Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja
-         -   Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD)
-         -   Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)
-         -   Tekanan
-         -   Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (Penghalang Enzim Penukar Angiotensin) yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi.

Kebanyakan batuk tidak membahayakan kesihatan, melainkan anda terkena batuk yang kronik hingga berdarah ke..atau ada yang batuk sampai sesak nafas atau terkena asthma, yang tu haruslah rujuk kepada doktor ye..jangan tunggu sampai semakin teruk..ada beberapa cara saya google untuk hilangkan batuk ni..antaranya :
-         
MACAM MANA NAK CEGAH DARI TERKENA BATUK?

1.   Amalkan tabiat kebersihan yang baik
2.   Minum banyak air
3.   Tangani tekanan dengan baik
4.   Elakkan berada berhampiran dengan orang yang terkena batuk dan selesema

5.   Jangan merokok dan elakkan terdedah kepada asap rokok
6.   Dapatkan suntikan influenza bila diperlukan
7.   Dapatkan rawatan yang sewajarnya sekiranya anda menghidap asma dan penyakit paru-paru (COPD)

CARA UNTUK MENGHILANGKAN BATUK

     1.    Garam bertindak sebagai antiseptik dan membersihkan kahak. Campur ¼ sudu the garam dengan 237 ml air suam untuk orang dewasa kemudian kumur-kumur dan buang. Berkumur beberapa kali setiap hari dapat mengurangkan sakit tekak.
     2.    madu boleh melegakan sakit tekak dan membunuh kuman. Ia juga boleh mengurangkan radang/bengkak di dalam tekak. Campurkan 2 atau 3 sudu teh madu ke dalam air suam atau teh herba..dlm lemon pon boleh


     3.    Makan makanan yang mudah ditelan semasa sakit tekak seperti bubur ayam, buah yang lembut (cth: pisang, betik), sayur lembut (sayur yang sudah dimasak), yoghurt dsb.
     4.    Elakkan memakan makanan yang keras dan rangup seperti keropok, buah epal (atau buah lain yang keras) atau kuih yang keras kerana tekak anda akan mudah terasa gatal dan menyebabkan anda batuk, seterusnya meningkatkan keradangan pada tekak.  Makanan bergoreng juga tidak disarankan kerana ia juga keras. Masak sup atau rebus adalah lebih baik.
     5.    Makanan yang pedas, terlalu berempah/tinggi MSG, terlalu manis atau masam seperti jus buah oren, jeruk asam juga boleh melambatkan proses penyembuhan.
     6.    Elak memakan makanan yang terlalu sejuk atau terlalu panas kerana ia akan mengganggu tekak anda. Pastikan makanan anda sejuk sedikit sebelum memakannya.
     7.    Aiskrim atau air sejuk pula sebenarnya boleh melegakan tekak asalkan tidak terlalu sejuk beku atau tidak terlalu manis..saya ada baca petua yang menggalakkan kita makan aiskrim vanilla kalau rasa sakit tekak..boleh la cuba ye..Sup ayam atau minuman yang suam juga boleh melegakan dan mengurangkan keradangan pada tekak


   8. minum banyak air masak sekurang2nya 2 liter sehari..


OMEGA GUARD SHAKLEE BAGUS UNTUK HILANGKAN BATUK


Antara Kelebihan Omega Guard Shaklee

-         -   Omega Guard Shaklee merupakan Minyak Ikan Terbaik di Dunia.
-         -   Diekstrak daripada ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun.
-         -   Bukan dari hati minyak ikan
-         -   3 kali lebih tumpat daripada ketumpatan hati minyak ikan.
-         -   Merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian dapat membekalkan 905mg asid-lemak omega-3 EPA dan HDA.
-         -   Dihasilkan menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini, berbeza dengan pengusaha-pengusaha yang lain yang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi.
-         -   Juga melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengestrak asid lemak Omega 3 yang paling tulen dan paling semulajadi
-         -   Tiada bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB (polychlorinated biphenyl - bahan kimia industri yang sangat toksik).


KENAPA OMEGA DIKATAKAN BAGUS UNTUK MENGHILANGKAN BATUK?

     1.    Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan dan dapat merawat demam selsema serta batuk
     2.    Omega 3 ini bersifat panas.. jadi apabila dimakan, ianya memberi kesan panas dalam badan sekaligus memberi rasa selesa pada kerongkong

     3.    Omega 3 juga mempunyai sifat anti radang dan anti inflamasi jadi ianya amat berkesan untuk mengurangkan serangan asthma dan dapat mengurangkan penggunaan inhaler



  ANTARA TESTIMONI OMEGA









OFFER MAC

ESP BELI 6 PERCUMA 1
ZINC COMPLEX BELI 3 PERCUMA 1
VITALEA FOR CHILDREN BELI 3 PERCUMA 1


Hubungi saya kalau anda berminat untk dptkn vitamin shaklee

Zety
Shaklee Independent Distributor (ID-1084234)
Sms/whatsapp: 013-2343837
Email: norizzatiey@gmail.com
FB: www.facebook.com/zety.blubery
Fanpage FB: Supplement Kiosk
       


*produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat,menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.