SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

Tuesday, February 24, 2015

BAHAYA STROK HABA @ HEAT STROKE


Sejak akhir-akhir ni, negara kita disajikan dengan berita kepanasan melampau yang boleh memberi kesan negatif pada kesihatan seseorang. Menurut media, keadaan panas melampau ini akan berlanjutan hingga pertengahan bulan MAC. Kalau kita yang duduk dlm rumah ni pon boleh rasa panas membahang,apatah lagi bagi mereka yang kena kerja di luar..kesian dorg..mesti rasa panas terik dan haus kan?kali ni saya nk cerita sikit la pasal STROK HABA ni..secara ringkasnya, strok haba atau heat stroke adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celsius.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah :

 "Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas.

"Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam,"


Kalau nk tau lg detail pasal STROK HABA ni, meh baca kt bawah ni..sumber info dr blog cikgu badarudin (http://www.cikgubadarudin.com/2014/04/penyakit-suhu-panas-luar-biasa-strok.html)

APA ITU STROK HABA



Maksud Heat Stroke atau Definisi Strok Haba adalah beberapa penyakit yang berkaitan dengan haba yang serupa yang paling serius. Ia adalah satu kecemasan perubatan yang mengancam nyawa disebabkan daripada kegagalan peraturan suhu badan (thermoregulation) mekanisme. Tidak seperti penyakit haba yang lain, strok haba dicirikan oleh ketinggian melampau suhu badan (hyperthermia) dan berkaitan pusat disfungsi sistem saraf dan disfungsi organ. Penyakit Suhu Panas Luar Biasa Strok Haba (Heat Stroke)

Biasanya, proses berpeluh dan penyejatan peluh memudahkan penyejukan badan. Dalam suhu ekstrem yang melebihi 90 ° F (32.2 ° C), jumlah haba yang dihasilkan melebihi kesan penyejukan penyejatan peluh. Begitu juga, jika kelembapan mencapai 100%, penyejatan peluh tidak lagi mungkin berlaku, dan badan kehilangan keupayaan untuk menghilangkan haba. Akhirnya suhu badan akan meningkat, membawa kepada penyahhidratan yang teruk, bengkak tisu otak, tekanan darah rendah, kerosakan organ, dan mungkin kematian.

Strok haba tradisional terbahagi ke dalam jenis exertional dan klasik, dibezakan oleh etiologi asas. Strok haba Exertional biasanya berlaku pada individu yang lebih muda, yang sering  bersukan dan bersenam dengan bersungguh-sungguh dalam haba sehingga mekanisme penyejukan biasa badan terganggu. Classic strok haba lebih kerap berlaku pada individu yang lebih tua atau orang-orang dengan penyakit asas yang terdedah kepada suhu melampau alam sekitar dan / atau kelembapan. Satu lagi jenis kurang biasa strok haba adalah strok haba yang disebabkan oleh pendedahan langsung kepada matahari.

BAHAYA STROK HABA

Kesan Strok haba atau heat stroke ialah Suhu tinggi melampau dan kering hingga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian. Strok haba ialah mempunyai suhu badan melebihi 40.5° C yang berpunca dari pendedahan berpanjangan kepada cuaca dan suhu panas di samping menghadapi dehidrasi badan akibat kurang meminum air.


TANDA-TANDA AWAL SESEORANG ITU DISERANG STROK HABA

          1.     Sakit kepala berdenyut
          2.     Mual
          3.     Denyutan nadi pantas
          4.     Kurang atau sedikit berpeluh dalam cuaca panas
          5.     Otot lemah
          6.     Muntah
          7.     Kulit Kering dan kemerahan
          8.     Sawan
          9.     Pitam

CARA MEMBERI BANTUAN KEPADA MEREKA TERKENA STROK HABA ATAU HEAT STROKE IALAH:

Menempatkan pesakit di tempat teduh dan berhawa dingin. Haba tinggi boleh dikurangkan jika individu itu ditempatkan di bawah kipas dan mengelap anggota badan menggunakan tuala basah. Pesakit juga mungkin boleh berendam di dalam kolam air untuk menurunkan tekanan haba dan menyejukkan badan.


SARANAN BUAT SEMUA DI MUSIM CUACA YANG KERING DAN PANAS:


- Elakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas 
- Minum air dalam kuantiti banyak atau sekurang-kurangnya 3 liter sehari
- Elakkan minuman berkafein, beralkohol, dan minuman yang mengandungi kandungan gula yang tinggi
- jangan tinggal anak / seseorang dalam kereta yang bertutup
- mandi degan kerap
- gunakan kipas / air cond untk sejukkan badan
- gunakan topi atau payung jika ingin keluar dalam cuaca panas
- pakai pakaian yang longgar
- minum minuman isotonik kerana ianya membantu menggantikan garam mineral yg hilang semasa berpeluh



KEKAL HIDRAT DENGAN PERFORMANCE DRINK SHAKLEE



kekurangan air dalam badan atau dehidrasi merupakan salah satu faktor badan jadi letih dan lesu. PERFORMANCE DRINK shaklee terbukti secara klinikal mampu menghidratkan tubuh badan dengan lebih berkesan disaping mengandungi banyak elektrolit dan membekalkan tenaga pada tubuh badan anda. 

KENAPA PERLU PILIH PERFORMANCE DRINK??

- kurang gula
- tidak mengandungi gas - bukan minuman berkarbonat
- bersifat isotonik dimana mempunyai kepekatan karbohidrat yg sama dengan darah kita - meningkatkan kadar gula dlm darah yang menjadikan tubuh lebih cergas bertenaga
- rasa oren yang sedap
- meningkatkan daya ketahanan badan - menggantikan air yang hilng dari badan dgn cpt


jom kita tgk testimoni pulak..mostly dorg ni ambil ms bln puasa sbb kurg mnum air kn..mmg sgt berpuas hati..




sumber:google


hubungi saya kalau anda berminat untk dptkn supplement / produk shaklee

Hubungi saya

Zety
Shaklee Independent Distributor (ID-1084234)
Sms/whatsapp: 013-2343837
Email: norizzatiey@gmail.com
FB: www.facebook.com/zety.blubery
Fanpage FB: Supplement Kiosk

1 comment:

  1. 3D Escape Titanium - Titanium Arts
    With the help of TITanium Arts, ford fusion titanium 2019 you can start building 2D virtual worlds titanium oxide formula using the tools gold titanium of TITADES. The first game titanium exhaust wrap in the TITADES series titanium earrings studs was released

    ReplyDelete