SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

Saturday, January 31, 2015

AJHT DAN OSTEMATRIX – SUPPLEMENT TERBAIK UNTUK SAKIT SENDI DAN LUTUT



Masalah sendi bukan sahaja menyerang golongan tua..malah..golongan muda juga tak terkecuali..ada banyak sebab yang boleh jadi penyebab berlakunya sakit sendi seperti osteoarthritis, rheumatoid arthritis, gout, terseliuh dan juga kecederaan lain.

Masalah berkaitan sendi selalunya berlaku bila berlakunya kecederaan, hentakan yang kuat dan ada juga yang sakit sendi tanpa sebarang hentakan. Kes ini selalunya berlaku di kalangan warga emas. Apabila berlakunya peningkatan usia, faktor perubahan hormon turut menyebabkan masalah sendi. Ada juga sesetengah kes sakit sendi berlaku disebabkan oleh berat badan berlebihan termasuklah berlaku pada wanita yang mengandung.

Ada 3 jenis sakit sendi iaitu :

1.       Osteoarthritis yang berkaitan dengan kehausan sendi dan juga tulang rawan..sakit ini kerap berlaku pada orang yang berusia. Ianya melibatkan lutut, peha, tangan, tulang belakang dan bahu

2.      Rheumatoid arthritis yang merupakan penyakit sistem imun yang menyerang tisu sendi. Kebiasaannya, ia menyerang bahagian pergelangan tangan, siku, lutut, buku lali dan juga kaki.

3.       Pseudogout merupakan masalah mekanikal pada sendi yang menyebabkan rasa sakit dan menyukarkan pergerakan sendi



ANTARA SIMPTOM BIASA SAKIT SENDI :

-          - Rasa kejang pada sendi
-          - Berlaku radang dan bengkak
-          - Rasa kebas dan lenguh-lenguh yang melampau
-          - Berlaku kemerahan pada anggota yang sakit
-          - Bermasalah untuk bergerak
-          - Berkeriut atau ada bunyi semasa kita angkat barang atau bergerak

Faktor-faktor berlakunya serangan sakit sendi

-         1.  Keturunan
-          2. Masalah berat badan berlebihan
-          3.Kecederaan yang sudah lama berlaku tanpa sebarang rawatan
-          4. Peningkatan usia

Bayangkanlah kalau salah satu sendi badan kita sakit dan gagal berfungsi, mesti pergerakan kita jadi terbatas kan?nk buat apa-apa kerja pon susah. Sakit sendi ini boleh dirawat dengan pengambilan makanan tambahan dan juga makanan yang kaya dengan fungsi memelihara sendi. Pengambilan supplement adalah disarankan kepada mereka yang menghadapi masalah ini.



Shaklee juga ada menawarkan supplement yang amat baik untuk masalah sakit sendi dimana ianya dapat merawat masalah sendi anda secara semulajadi iaitu ADVANCED JOINT HEALTH TABLET (AJHT) dan juga OSTEMATRIX.

KELEBIHAN ADVANCED JOINT HEALTH TABLET (AJHT)



Shaklee AJHT merupakan satu formulasi proprietary yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang berkesan dalam membantu menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan juga memelihara sendi agar sentiasa sihat. Ianya terdiri daripada ramuan aktif yang bertindak dengan pantas dalam menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi.

AJHT mengandungi ekstrak unik BOSWELLIA aktif dengan paten tertunda, ekstrak JAGUNG, dan juga nutrient lain termasuklah zinc, copper, mangan dan juga vitamin C. AJHT merupakan hasil gabungan tumbuhan dan juga bahan-bahan berasaskan mineral..jadi, ianya merupakan  formula daripada 100% sumber sayur-sayuran.

Antara kebaikan AJHT

-          - Menyokong keselesaan sendi dimana kandungan ekstrak boswellia membantu menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan
-          - Ekstrak jagung dalam AJHT membantu mengekalkan tulang rawan yang bertindak sebagai kusyen bagi menghalang geseran antara tulang
-          - Zinc, copper, manganese dan vitamin C yang terkandung dalam tablet AJHT merupakan nutrient yg penting dalam mengekalkan kesihatan sendi dengan membekalkan sokongan nutrient untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain pula membantu memberikan kekuatan dan struktur pada sendi.
-          - Melancarkan pergerakan harian
-          - Merupakan anti-radang semulajadi
-          - Kandungannya terdiri daripada sumber tumbuhan semata-mata. Ianya asli dan semulajadi
-          - Membantu membekalkan glukosamina yang penting untuk pembinaan tulang rawan dan lendir untuk melicinkan sendi dalam tendon dan juga ligament

KELEBIHAN OSTEMATRIX


Ostematrix Shaklee diperbuat dari mineral semulajadi dan juga garam mineral dari laut mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus, vitamin D, kuprum, manganese, dan juga boron. Kalsium adalah mineral yang paling banyak diperlukan oleh badan. Bagi orang dewasa, keperluan kalsium adalah 800mg manakala apabila usia sudah menginjak ke 50 tahun, keperluan kalsium adalah 1000mg. Sekitar 99% kalsium berada pada jaringan tulang dan gigi, manakala selebihnya berada dalam darah dan juga sel-sel tubuh.

Nutrient-nutrien ini perlulah diambil bersama-sama untuk membantu penyerapan oleh tubuh dan juga menghalang berlakunya mendapan sesetengah mineral. Kajian juga telah membuktikan yang pengambilan supplement kalsium yang mencukupi dapat membantu meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur.

Antara kebaikan OSTEMATRIX shaklee

-          - Membantu menguatkan tulang dan menghalang osteoporosis
-          - Membaiki kekejangan dan rasa kebas-kebas pada anggota badan
-          - Kandungan zink, boron, manganese, kuprum dapat memelihara metabolism kerangka dan juga pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan sekaligus dapat menghalang arthritis
-          - Membantu menguatkan sistem saraf
-          - Meningkatkan penyerapan kalsium dan meninggikan kemampatan tulang
-          - Membantu dalam pengecutan otot dan juga pelancaran saraf



ADALAH DIINGATKAN BAHAWA PENGAMBILAN KALSIUM YANG BERLEBIHAN BOLEH MEMBERI KESAN PADA BUAH PINGGANG SEPERTI TERJADINYA BATU KARANG. HAL INI BERLAKU KERANA JURANG NISBAH KALSIUM-MAGNESIUM SANGAT BESAR DIMANA KEKURANGAN MAGNESIUM AKAN MENYEBABKAN KALSIUM TIDAK DAPAT DISERAP SEPENUHNYA OLEH TUBUH, LALU BUAH PINGGANG AKAN MENJADI TOKSIK.

mari kita tengok testimoni set sendi dari shaklee





                                                               sumber : google



hubungi saya kalau anda berminat dapatkan set kesihatan sendi dari shaklee ni ye

ZETY
0132343837




*produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat,menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 

No comments:

Post a Comment