Tekanan atau stress merupakan sebarang jenis perubahan yang menyebabkan rasa tegang fizikal, emosional dan psikologi. Ianya adalah biasa. Semua insan mengalami tekan yang berkaitan dengan kerja, keluarga, keputusan , masa depan, dll.
Tekanan adalah fizikal serta mental. Ia di sebabkan oleh kejadian utama kehidupan seperti kesakitan, kematian orang yang kita sayangi, sesuatu perubahan dalam tanggungjawab atau dugaan di tempat kerja, kenaikan pangkat, kerugian, masalah kewangan atau perubahan yang tiba-tiba atau yang tidak dijangka.
Sebagai respons kepada tekanan harian , badan kita secra automatik menambahkan tekanan darah, denyutan jantung, pernafasan, metabolisme dan aliran darah ke otot anda. Respons ini bertujuan untuk membantu badan anda bereaksi secara pantas dan berkesan terhadap sesuatu keadaan yang tegang.
Bagaimanapun, apabila anda sentiasa bereaksi terhadap kedaan yang banyak tekanan (stressful), sama ada kecil atau besar, tanpa membuat penyesuaian fizikal, mental, dan emosional bagi menangani kesannya, maka anda boleh mengalami tekanan yang boleh menjejaskan kesihatan, kesejahteraan, tenaga, kecerdasan dan hubungan peribadi dan profesional anda.
Lantaran itu, anda perlu memahami unsur-unsur utama yang boleh membawa tekanan dalam kehidupan anda dan mengambil tindakan untuk mencegahnya.
CARA UNTUK MENGURANGKAN TEKANAN
Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan tekanan dan tegangan dan berasa senang dan tenang. Berikut ialah tujuh cara yang pada pendapat saya merupakan cara yang paling berkesan bagi mengatasi tekanan dalam jiwa kita.
1) Senaman Pernafasan
Pernafasan membawa banyak manfaat, termasuk mengoksigenkan darah yang membangunkan otak, melegakan otot dan menteramkan minda kita. Tarik nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan kuat dan hembuskan nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan penuh . Semasa menghadapi tekanan, pernafasan menjadi lemah dan pantas. Bernafas dengan kuat merupakan satu cara yang efektif untuk mengekekalkan keadaan tenang.
Senaman pernafasan ialah berguna kerana ia boleh dibuat di mana- mana sahaja dan ia membawa kesan positif dengan serta merta. Kita hendaklah menjadikan senaman sebagai satu tabiat harian.
2)Tafakur (Meditation)
Apabila bertafakur bersendirian tanpa apa-apa gangguan , otak anda menjadi tenang dan hormon tertentu yang memajukan kesihatan dibebaskan. Minda yang senang dan lega membantu kita
mengelakkan tekanan jiwa. Setiap hari kita perlu membelanjakan sekurang-kurangnya lima belas minit untuk bertafakur.
3) Penggambaran
Penggambaran atau visualization membantu anda membayangkan anda mencapai tujuan dan cita-cita anda seperti menjadi sihat dan berasa tenang; menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan baik dan menangani situasi konflik secara berkesan.
Juga, membayangkan anda membuat kerja yang anda mencuba untuk menguasai dengan cemerlang sebenarnya berfungsi sebagai latihan fizikal. Jadi, anda boleh menambahbaikkan prestasi anda melalui penggambaran.
4) Pengurutan (Massage)
Terapi pengurutan mengurangkan denyutan jantung dan melegakan badan anda. Ia juga menambahkan kecerdasan minda kita. Minta sahabat anda memberi massage atau dapatkan khidmat seorang professional bagi membantu anda.
5) Kelegaan otot
Berbaring, bersenang-senang dan dan membiarkan otot anda di muka, tangan, bahu dan leher mengendur sekuarang-kurangnya tiga minit. Latihan ini boleh dibuat mana-mana sahaja dan ini boleh membantu anda berasa tenang dengan cepat dan mudah.
6) Muzik
Terapi muzik mendatangkan banyak faedah kesihatan bagi mereka yang mengalami tekanan dan juga kesakitan yang teruk. Muzik yang sesuai boleh mengurangkan tekanan darah, melegakan badan dan mententeramkan minda anda. Anda perlu memilih muzik ringan dan yang anda sukai dan denganya setiap hari.
7) Pengurusan masa
Kenalpasti kerja harian anda mengikut keutamaan dan menetapkan satu jadual supaya anda dapat menyiapkannya mengikut keutamaan dengan tanpa melengah-lengahkan. Kenalpasti juga kerja yang tidak mendatangkan sebarang faedah seperti gossip kosong, perbualan telefon dan yang memebazirkan masa anda.
info : kawanlah.com
KESAN STRESS PADA INDIVIDU
bahaya ye lau anda biar masalah stress tu tanpa dirawat..macam2 masalah kesihatan boleh datang..worst case smpi boleh terkena sakit jantung dan strok..tolong ye kawan2..jangan ignore je perasaan anda kalau anda rs stress yang melampau2..rawat la diri anda ye..perubahan yang kecil dalam diri, amat bermakna untuk masa depan anda..
MAKANAN YANG BOLEH MENGURANGKAN STRESS
B COMPLEX SHAKLEE BERKESAN MERAWAT STRESS
1. Vitamin B1 - menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan
sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan
metabolisma
2. Vitamin B2 - Memproses asid amino dan lemak.Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6 dan asid folic.
3. Vitamin B3 - Membantu mengurangkan kolesterol didalam darah dan mengawal pengaliran kolestrol dalam darah;membantu dalam kesihatan kulit yang baik,membantu sistem pencernaan.
Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental
4. Vitamin B5 - Membantu mengurangkan stress fizikal/ mental; membantu mengurangkan penuaan pramatang
5. Vitamin B6 - Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin didalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depressi.
6. Vitamin B9 - Bersama2 dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter dlm aktiviti mengurangkan depresi didlm badan
7. Vitamin B12 - Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi dan rs tidak tenteram pada seseorang
TESTIMONI
Hubungi saya kalau anda berminat untuk dapatkan vitamin untuk mengatasi stress atau mana-mana vitamin SHAKLEE
CREDIT TO TESTIMONI OWNER
Zety
Shaklee Independent Distributor (ID-1084234)
Sms/whatsapp: 013-2343837
Email: norizzatiey@gmail.com
FB: www.facebook.com/zety.blubery
*produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat,menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
No comments:
Post a Comment