APA KAITAN SENGGUGUT DENGAN KESUBURAN WANITA??
Senggugut atau juga dikenali sebagai 'premenstrual dysphoric
disorder' atau 'dysmenorrhea' merupakan gejala yang sering berlaku ketika haid
oleh segelintir wanita. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu senggugut primer
(jenis biasa) atau sekunder (disebabkan oleh penyakit). Umumnya, tanda-tanda
yang boleh dilihat akibat senggugut ialah kesakitan yang melampau sebelum
kedatangan haid. Kesakitan akan dirasai di bahagian ari-ari dan pinggang. Ia
merupakan masalah biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita terutama ketika
mereka meningkat remaja.
Keadaan ini dikenali sebagai 'primary spasmodic
dysmenorrhea' dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Adakalanya,
senggugut terjadi disebabkan oleh terdapatnya ketumbuhan iaitu fibroid di dalam
saluran peranakan. Senggugut kemungkinan tidak akan hilang walaupun setelah
berkahwin dan melahirkan anak. Namun begitu, terdapat juga sesetengah wanita
yang senggugutnya akan lenyap sebaik sahaja melahirkan anak.
BAGAIMANA SENGGUGUT BERLAKU??
Tahukah anda, kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid
adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat. Proses ini
bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit
tisu daripada selaput endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran
pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki oleh seorang gadis
remaja masih sempit.
Penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh
sejenis hormon yang dikenali sebagai 'prostaglandin'. 'Prostaglandin' adalah
daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan
peranannya sangat penting di dalam tubuh. Setiap 'prostaglandin' ini
mengandungi 20 atom karbon. Ia menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap
psikologi. Disebabkan itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara
berlebihan maka terjadilah senggugut. 'Prostaglandin' yang berlebihan akan
mengakibatkan rasa mual, cirit-birit, muntah serta sakit kepala. Oleh yang
demikian, kehamilan dan kelahiran dapat membantu mengatasi masalah kesempitan
pada saluran rahim yang menjadi punca kepada senggugut.
Namun begitu, terdapat sebilangan kecil daripada mereka yang
akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan sekiranya
senggugut berlaku secara berterusan. Mereka ini kemungkinan besar menghidapi
penyakit 'endometriosis' iaitu sejenis penyakit yang sering dikaitkan dengan
masalah kesuburan. Namun pun begitu, kaitan ini hanya jika penyakit
'endometriosis' ini berada pada tahap serius. Tahap kesakitan senggugut tidak
berkaitan dengan tahap keseriusan 'endometriosis'. Seseorang itu boleh
mengalami senggugut yang teruk tetapi tahap 'endometriosis' hanya pada
peringkat awal sahaja.
Lazimnya, kesakitan akan reda sebaik sahaja dua atau tiga
hari kemudiaannya. Akan tetapi, jika 'endometriosis' ini telah merebak
kemungkinan besar kesakitan tidak akan reda walaupun haid telah berhenti.
Kesakitan juga mungkin akan terasa sewaktu melakukan persetubuhan atau membuang
air besar. Ini disebabkan oleh pendarahan yang berlaku di belakang rahim yang
mungkin melibatkan usus besar. Senggugut mempunyai cara kesakitan yang berbeza
di mana sakit akan datang sebelum pendarahan bermula dan tertumpu di ari-ari
atau pinggang belakang. Sakit ini akan berterusan walaupun haid sudah berhenti.
kadangkala, terdapat juga gejala lain seperti kesukaran untuk membuang air
besar atau sakit semasa berhubungan kelamin.
KEBIASAANNYA, SENGGUGUT DISERTAI DENGAN BEBERAPA GEJALA
IAITU:
- sakit kepala
- rasa loya
- muntah-muntah
- masalah penghadaman seperti cirit-birit atau sembelit.
- mudah pitam atau pengsan.
- simptom pra-haid seperti pembengkakan di bahagian abdomen
yang boleh melanjutkan tempoh haid.
- kesakitan yang dialami hanya akan berkurangan selepas dua
atau tiga hari.
ANTARA KESAN SENGGUGUT PADA INDIVIDU
Tekanan, mudah berasa marah, mudah naik angin, mudah
penat, rasa sakit pada sendi, belakang, tidak berminat dgn seks, sakit pada sekitar payudara, sering kembung perut, sakit kepala, perubahan pada kulit (jerawat dan
rambut), sukar untuk tidur, mudah naik berat badan, sembelit, selera makan berubah dan juga sukar memberi tumpuan.
BEBERAPA TIPS UNTUK ANDA ATASI MASALAH SENGGUGUT
1. Perbanyakkan pengambilan makanan berkalsium tinggi.
Kalsium mampu mencegah ketegangan dan menstabilkan cecair dlm tubuh. Susu,
tempe dan kacang adalah makanan yang berkalsium tinggi.
2. Amalkan pengambilan vitamin C yang secukupnya atau makan buah-buahan yang mempunyai kandungan vitamin C
yang tinggi seperti buah Oren.
3. Amalkan pengambilan makanan tambahan yg mengandungi
vitamin B6 dan vitamin E untuk mengurangkan dan mencegah ketegangan pada perut.
4. Kurangkan pengambilan garam kerana ia dapat membantu mengurangkan
pengumpulan air berlebihan dalam tubuh.
5. Kurangkan makanan yang bertepung, berkafein dan
bercoklat.
6. Makanlah makanan yang berserat tinggi.
7. Bagi individu yang berhadapan dgn masalah anemia (kurang
darah), sebaiknya mengamalkan pengambilan makanan tambahan atau makanan yg
tinggi khasiat zat besinya.
VITAMIN YANG DICADANGKAN BAGI MEREKA YANG SERING MENGALAMI
SENGGUGUT TERUK
1.
B Complex
- Pengambilan vitamin B yang
mencukupi setiap hari mampu mengekalkan kesihatan tubuh badan yang baik.
- Vitamin B-complex khususnya
vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan
terbaik ke atas senggugut.
- Vitamin B5 membantu mengurangkan
rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.
- Vitamin B6 membantu mengurangkan
penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu
menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.
- Vitamin B6 juga meringankan
simptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan
dan perasaan marah-marah.
- Vitamin B12 membantu meringkankan
tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan.
2. OsteMatrix (Kalsium)
= Pengambilan kalsium yang
mencukupi ketika seseorang wanita didatangi haid dapat mengurangkan masalah
senggugut.
= Ostematrix shaklee mengandungi Kalsium
yang Diperkaya dgn Vitamin D dimana ianya membantu merangsang penyerapan
kalsium dengan lebih efisyen.
= Magnesium pula membantu
mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang
= Boron membantu dalam metabolisme
tulang
= Manalaka Zink,mangan, dan tembaga
membantu mengaktifkan enzim yg membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.
= Sebelum haid bermula, paras
bekalan kalsium akan menurun menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain
simptom senggugut. Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun
naik perasaan serta simptom-simptom yang lain
3. GLA Complex
> Apabila seseorang itu mengalami
senggugut, ia melibatkan kekejangan otot didalam rahim. Kajian mengatakan,
keadaan ini terjadi apabila tubuh seseorang kekurangan GLA ( Gamma Linolenic
Acis). Jadi dengan pengambilan GLA COMPLEX adalah sangat perlu untuk
memenuhi GLA yang kurang itu tadi.
> GLA Complex dikatakan dapat memberi
rasa lega semasa seseorang individu itu
mengalami kitaran haid bulanan kerana wanita yang menghidap senggugut tidak
dapat menukarkan asid linolenik ( sejenis asid lemak yang penting ) dengan baik
untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan simptom
senggugut.
> Biasanya, asid gamma linolenik
digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit
kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid.
TESTIMONI
Hubungi saya kalau anda berminat untuk dapatkan vitamin untuk mengatasi senggugut atau mana-mana vitamin SHAKLEE
Zety
Shaklee Independent Distributor (ID-1084234)
Sms/whatsapp: 013-2343837
Email: norizzatiey@gmail.com
FB: www.facebook.com/zety.blubery
*produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat,menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
No comments:
Post a Comment