SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

Tuesday, April 21, 2015

APA PETANDA BADAN KEKURANGAN PROTEIN??JOM CHECK..



Protein sangat penting untuk perkembangan setiap sel dalam tubuh. (kulit, rambut,kuku, otak, organ, saraf, dan banyak lagi). Protein digunakan sebagai bahan bakar apabila keperluan energi tubuh tidak dipenuhi oleh karbohidrat dan lemak

Sumber makanan harian protein byk boleh diperolehi daripada ayam, kekacang, daging, ikan dan banyak lagi. Namun, protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi.

Tubuh kita memerlukan protein yang cukup dan juga berkualiti demi membantu untuk memperbaiki sel-sel yang rosak, mengganti sel-sel yang lama dan membina sel-sel baru yang sihat. Sel-sel tubuh yang sihat pula penting demi membantu penyerapan optimum nutrien ke dalam tubuh kita.


APA KESAN KEKURANGAN PROTEIN PADA TUBUH BADAN KITA??

1. Edema (bengkak pada badan)
Edema ialah pengumpulan cecair di bawah lapisan kulit. Selalunya terjadi di bahagian kaki dan buku lali, tetapi edema boleh terjadi di mana-mana bahagian badan. Protein amat penting untuk mengimbangkan air dalam badan anda.



2. Penurunan berat badan
Penurunan berat badan terlampau juga salah satu faktor kekurangan protein dalam badan. Ini kerana badan kita memerlukan protein untuk melakukan fungsinya..so kalau badan kita mengalami kekurangan protein, ini akan menyebabkan fungsi ini terganggu..malah, otot akan digunakan sebagai ganti protein yg x cukup tu..jadi, berat badan mmg akan turun tetapi bukanlah secara sihat dan sepatutnya

3. Rambut menipis atau kasar
keguguran rambut yang terlampau teruk atau struktur rambut yg kasar juga disebabkan oleh kekurangan protein. Rambut kita terdiri daripada protein, jadi bila kita kurang protein, rambut x dapat tumbuh dengan sihat dan subur


4. Rabung pada kuku
sekiranya ada garis-garis halus yang jelas pada kuku anda, ianya menunjukkan kondisi kuku anda pada tahap kronik dan ianya adalah petanda badan anda kekurangan protein.

5. Kulit menjadi pucat
Kulit yang pucat dan tidak berseri selalunya disebabkan kurang zat besi dan protein. Tetapi selalunya, makanan yang kaya dengan zat besi juga mengandungi protein, sebabnya, badan perlukan protein untuk menggunakan zat besi dengan lebih efektif. Kekurangan zat besi juga boleh menyebabkan anemia.

6. Ruam kulit
Kulit bersisik juga antara petanda anda kurang protein. Bila kulit dah jadi kering dan bersisik, maknanya badan anda memang kekurangan protein. so haruslah jaga pemakanan kalau nk dapat kulit yg sihat dan cantik


7. Keletihan dan kelesuan
Kalau anda sering rasa letih, lemah dan lesu juga antara tanda-tanda anda kekurangan protein. masalah ini sedikit sebanyak akan mengganggu rutin aktiviti anda.

8. Luka lambat sembuh
Asid amino adalah penting dalam proses penyembuhan luka. Bila badan kita luka, tisu-tisu badan ni guna asid amino untuk membaiki bahagian yang luka. Jadi, kalau badan kita kurang protein, maka lambatlah proses penyembuhan akan berlaku.

9. Sakit kepala
Sakit kepala boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuklah kekurangan protein. Contihnya, kurang protein boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah kekurangan darah dan ini akan menyebabkan rasa sakit kepala

10. Pengsan
Pengsan pun boleh disebabkan oleh kekurangan protein. Sebabnya paras gula yang rendah dalam badan, atau badan terpaksa cernakan tisu-tisu otot untuk dapatkan protein yang diperlukan.

ESP SUMBER PROTEIN TERBAIK UNTUK ANDA

     - membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan
     - Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.
     - menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung
     - Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.
     - setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
     - kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menopous
     - indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah
     - Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.
     - tidak mengandungi kolesterol dan laktosa.
     - Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.
     - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet




HARGA ESP : RM150
Hubungi saya kalau anda berminat untuk dapatkan ESP atau mana-mana vitamin SHAKLEE

Zety
Shaklee Independent Distributor (ID-1084234)
Sms/whatsapp: 013-2343837
Email: norizzatiey@gmail.com
FB: www.facebook.com/zety.blubery
Fanpage FB: Supplement Kiosk
       



*produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat,menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 

Friday, April 17, 2015

STRESS..JANGAN AMBIL MUDAH!!


Tekanan atau stress merupakan sebarang jenis perubahan yang menyebabkan rasa tegang fizikal, emosional dan psikologi. Ianya adalah biasa. Semua insan mengalami tekan yang berkaitan dengan kerja, keluarga, keputusan , masa depan, dll.

Tekanan adalah fizikal serta mental. Ia di sebabkan oleh kejadian utama kehidupan seperti kesakitan, kematian orang yang kita sayangi, sesuatu perubahan dalam tanggungjawab atau dugaan di tempat kerja, kenaikan pangkat, kerugian, masalah kewangan atau perubahan yang tiba-tiba atau yang tidak dijangka. 

Sebagai respons kepada tekanan harian , badan kita secra automatik menambahkan tekanan darah, denyutan jantung, pernafasan, metabolisme dan aliran darah ke otot anda. Respons ini bertujuan untuk membantu badan anda bereaksi secara pantas dan berkesan terhadap sesuatu keadaan yang tegang. 




Bagaimanapun, apabila anda sentiasa bereaksi terhadap kedaan yang banyak tekanan (stressful), sama ada kecil atau besar, tanpa membuat penyesuaian fizikal, mental, dan emosional bagi menangani kesannya, maka anda boleh mengalami tekanan yang boleh menjejaskan kesihatan, kesejahteraan, tenaga, kecerdasan dan hubungan peribadi dan profesional anda. 

Lantaran itu, anda perlu memahami unsur-unsur utama yang boleh membawa tekanan dalam kehidupan anda dan mengambil tindakan untuk mencegahnya.

CARA UNTUK MENGURANGKAN TEKANAN

Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan tekanan dan tegangan dan berasa senang dan tenang. Berikut ialah tujuh cara yang pada pendapat saya merupakan cara yang paling berkesan bagi mengatasi tekanan dalam jiwa kita.

   1) Senaman Pernafasan
     Pernafasan membawa banyak manfaat, termasuk mengoksigenkan darah yang membangunkan otak, melegakan otot dan menteramkan minda kita. Tarik nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan kuat dan hembuskan nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan penuh . Semasa menghadapi tekanan, pernafasan menjadi lemah dan pantas. Bernafas dengan kuat merupakan satu cara yang efektif untuk mengekekalkan keadaan tenang. 

      Senaman pernafasan ialah berguna kerana ia boleh dibuat di mana- mana sahaja dan ia membawa kesan positif dengan serta merta. Kita hendaklah menjadikan senaman sebagai satu tabiat harian.

    2)Tafakur (Meditation)
      Apabila bertafakur bersendirian tanpa apa-apa gangguan , otak anda menjadi tenang dan hormon tertentu yang memajukan kesihatan dibebaskan. Minda yang senang dan lega membantu kita
mengelakkan tekanan jiwa. Setiap hari kita perlu membelanjakan sekurang-kurangnya lima belas minit untuk bertafakur.

    3) Penggambaran
       Penggambaran atau visualization membantu anda membayangkan anda mencapai tujuan dan cita-cita anda seperti menjadi sihat dan berasa tenang; menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan baik dan menangani situasi konflik secara berkesan. 

Juga, membayangkan anda membuat kerja yang anda mencuba untuk menguasai dengan cemerlang sebenarnya berfungsi sebagai latihan fizikal. Jadi, anda boleh menambahbaikkan prestasi anda melalui penggambaran.

     4) Pengurutan (Massage)
       Terapi pengurutan mengurangkan denyutan jantung dan melegakan badan anda. Ia juga menambahkan kecerdasan minda kita. Minta sahabat anda memberi massage atau dapatkan khidmat seorang professional bagi membantu anda.

     5) Kelegaan otot
        Berbaring, bersenang-senang dan dan membiarkan otot anda di muka, tangan, bahu dan leher mengendur sekuarang-kurangnya tiga minit. Latihan ini boleh dibuat mana-mana sahaja dan ini boleh membantu anda berasa tenang dengan cepat dan mudah.

     6) Muzik
        Terapi muzik mendatangkan banyak faedah kesihatan bagi mereka yang mengalami tekanan dan juga kesakitan yang teruk. Muzik yang sesuai boleh mengurangkan tekanan darah, melegakan badan dan mententeramkan minda anda. Anda perlu memilih muzik ringan dan yang anda sukai dan denganya setiap hari.

    7) Pengurusan masa
       Kenalpasti kerja harian anda mengikut keutamaan dan menetapkan satu jadual supaya anda dapat menyiapkannya mengikut keutamaan dengan tanpa melengah-lengahkan. Kenalpasti juga kerja yang tidak mendatangkan sebarang faedah seperti gossip kosong, perbualan telefon dan yang memebazirkan masa anda.

info : kawanlah.com

KESAN STRESS PADA INDIVIDU


bahaya ye lau anda biar masalah stress tu tanpa dirawat..macam2 masalah kesihatan boleh datang..worst case smpi boleh terkena sakit jantung dan strok..tolong ye kawan2..jangan ignore je perasaan anda kalau anda rs stress yang melampau2..rawat la diri anda ye..perubahan yang kecil dalam diri, amat bermakna untuk masa depan anda..

MAKANAN YANG BOLEH MENGURANGKAN STRESS




B COMPLEX SHAKLEE BERKESAN MERAWAT STRESS





      1. Vitamin B1 - menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan
          sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan
          metabolisma


     2. Vitamin B2 - Memproses asid amino dan lemak.Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6 dan          asid folic.

     3. Vitamin B3 - Membantu mengurangkan kolesterol didalam darah dan mengawal pengaliran                kolestrol dalam darah;membantu dalam kesihatan kulit yang baik,membantu sistem pencernaan.          
         Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya          meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental

     4. Vitamin B5 - Membantu mengurangkan stress fizikal/ mental; membantu mengurangkan                     penuaan pramatang

     5. Vitamin B6 - Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin didalam otak                    kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depressi.




     6. Vitamin B9 - Bersama2 dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter               dlm aktiviti mengurangkan depresi didlm badan

     7. Vitamin B12 - Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah.                          Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi dan rs tidak tenteram pada seseorang



TESTIMONI



CREDIT TO TESTIMONI OWNER

Hubungi saya kalau anda berminat untuk dapatkan vitamin untuk mengatasi stress atau mana-mana vitamin SHAKLEE

Zety
Shaklee Independent Distributor (ID-1084234)
Sms/whatsapp: 013-2343837
Email: norizzatiey@gmail.com
FB: www.facebook.com/zety.blubery
Fanpage FB: Supplement Kiosk
       



*produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat,menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 

Thursday, April 16, 2015

SENGGUGUT/PERIOD PAIN??MACAM MANA NAK ATASINYA??


APA KAITAN SENGGUGUT DENGAN KESUBURAN WANITA??

Senggugut atau juga dikenali sebagai 'premenstrual dysphoric disorder' atau 'dysmenorrhea' merupakan gejala yang sering berlaku ketika haid oleh segelintir wanita. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu senggugut primer (jenis biasa) atau sekunder (disebabkan oleh penyakit). Umumnya, tanda-tanda yang boleh dilihat akibat senggugut ialah kesakitan yang melampau sebelum kedatangan haid. Kesakitan akan dirasai di bahagian ari-ari dan pinggang. Ia merupakan masalah biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita terutama ketika mereka meningkat remaja.

Keadaan ini dikenali sebagai 'primary spasmodic dysmenorrhea' dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Adakalanya, senggugut terjadi disebabkan oleh terdapatnya ketumbuhan iaitu fibroid di dalam saluran peranakan. Senggugut kemungkinan tidak akan hilang walaupun setelah berkahwin dan melahirkan anak. Namun begitu, terdapat juga sesetengah wanita yang senggugutnya akan lenyap sebaik sahaja melahirkan anak.

BAGAIMANA SENGGUGUT BERLAKU??

Tahukah anda, kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat. Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit.



Penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai 'prostaglandin'. 'Prostaglandin' adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh. Setiap 'prostaglandin' ini mengandungi 20 atom karbon. Ia menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap psikologi. Disebabkan itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. 'Prostaglandin' yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit, muntah serta sakit kepala. Oleh yang demikian, kehamilan dan kelahiran dapat membantu mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca kepada senggugut.

Namun begitu, terdapat sebilangan kecil daripada mereka yang akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan sekiranya senggugut berlaku secara berterusan. Mereka ini kemungkinan besar menghidapi penyakit 'endometriosis' iaitu sejenis penyakit yang sering dikaitkan dengan masalah kesuburan. Namun pun begitu, kaitan ini hanya jika penyakit 'endometriosis' ini berada pada tahap serius. Tahap kesakitan senggugut tidak berkaitan dengan tahap keseriusan 'endometriosis'. Seseorang itu boleh mengalami senggugut yang teruk tetapi tahap 'endometriosis' hanya pada peringkat awal sahaja.


 Lazimnya, kesakitan akan reda sebaik sahaja dua atau tiga hari kemudiaannya. Akan tetapi, jika 'endometriosis' ini telah merebak kemungkinan besar kesakitan tidak akan reda walaupun haid telah berhenti. Kesakitan juga mungkin akan terasa sewaktu melakukan persetubuhan atau membuang air besar. Ini disebabkan oleh pendarahan yang berlaku di belakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar. Senggugut mempunyai cara kesakitan yang berbeza di mana sakit akan datang sebelum pendarahan bermula dan tertumpu di ari-ari atau pinggang belakang. Sakit ini akan berterusan walaupun haid sudah berhenti. kadangkala, terdapat juga gejala lain seperti kesukaran untuk membuang air besar atau sakit semasa berhubungan kelamin.

KEBIASAANNYA,  SENGGUGUT DISERTAI DENGAN BEBERAPA GEJALA IAITU:
     
      -  sakit kepala
      -  rasa loya
      -  muntah-muntah
      -  masalah penghadaman seperti cirit-birit atau sembelit.
      -  mudah pitam atau pengsan.
      -  simptom pra-haid seperti pembengkakan di bahagian abdomen yang boleh melanjutkan tempoh          haid.
      -  kesakitan yang dialami hanya akan berkurangan selepas dua atau tiga hari.



ANTARA KESAN SENGGUGUT PADA INDIVIDU

Tekanan, mudah berasa marah, mudah naik angin, mudah penat, rasa sakit pada sendi, belakang, tidak berminat dgn seks, sakit pada sekitar payudara, sering kembung perut, sakit kepala, perubahan pada kulit (jerawat dan rambut), sukar untuk tidur, mudah naik berat badan, sembelit, selera makan berubah dan juga sukar memberi tumpuan.


BEBERAPA TIPS UNTUK ANDA ATASI MASALAH SENGGUGUT

1. Perbanyakkan pengambilan makanan berkalsium tinggi. Kalsium mampu mencegah ketegangan dan menstabilkan cecair dlm tubuh. Susu, tempe dan kacang adalah makanan yang berkalsium tinggi.
2. Amalkan pengambilan vitamin C yang secukupnya atau makan  buah-buahan yang mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi seperti buah Oren.
3. Amalkan pengambilan makanan tambahan yg mengandungi vitamin B6 dan vitamin E untuk mengurangkan dan mencegah ketegangan pada perut.
4. Kurangkan pengambilan garam kerana ia dapat membantu mengurangkan pengumpulan air berlebihan dalam tubuh.
5. Kurangkan makanan yang bertepung, berkafein dan bercoklat.
6. Makanlah makanan yang berserat tinggi.
7. Bagi individu yang berhadapan dgn masalah anemia (kurang darah), sebaiknya mengamalkan pengambilan makanan tambahan atau makanan yg tinggi khasiat zat besinya.




VITAMIN YANG DICADANGKAN BAGI MEREKA YANG SERING MENGALAMI SENGGUGUT TERUK



            1.       B Complex

-  Pengambilan vitamin B yang mencukupi setiap hari mampu mengekalkan kesihatan tubuh badan yang baik.
-  Vitamin B-complex khususnya vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.
-  Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.
-  Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.
-  Vitamin B6 juga meringankan simptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.
-  Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan.

2. OsteMatrix (Kalsium)

=  Pengambilan kalsium yang mencukupi ketika seseorang wanita didatangi haid dapat mengurangkan masalah senggugut.
=  Ostematrix shaklee mengandungi Kalsium yang Diperkaya dgn Vitamin D dimana ianya membantu merangsang penyerapan kalsium dengan lebih efisyen.
=  Magnesium pula membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang
=  Boron membantu dalam metabolisme tulang
=  Manalaka Zink,mangan, dan tembaga membantu mengaktifkan enzim yg membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.
=  Sebelum haid bermula, paras bekalan kalsium akan menurun menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain simptom senggugut. Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta simptom-simptom yang lain

3. GLA Complex

>  Apabila seseorang itu mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan otot didalam rahim. Kajian mengatakan, keadaan ini terjadi apabila tubuh seseorang kekurangan GLA ( Gamma Linolenic Acis). Jadi dengan pengambilan GLA COMPLEX adalah sangat perlu untuk memenuhi GLA yang kurang itu tadi.
>  GLA Complex dikatakan dapat memberi rasa lega semasa  seseorang individu itu mengalami kitaran haid bulanan kerana wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik ( sejenis asid lemak yang penting ) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan simptom senggugut.

>  Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid.



TESTIMONI









Hubungi saya kalau anda berminat untuk dapatkan vitamin untuk mengatasi senggugut atau mana-mana vitamin SHAKLEE

Zety
Shaklee Independent Distributor (ID-1084234)
Sms/whatsapp: 013-2343837
Email: norizzatiey@gmail.com
FB: www.facebook.com/zety.blubery
Fanpage FB: Supplement Kiosk
       



*produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat,menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 

Thursday, April 9, 2015

JERAWAT - MACAM MANA NAK MERAWAT DAN MENCEGAHNYA


Tanggapan masalah jerawat hanya dialami golongan remaja sahaja tidak tepat. Hakikatnya, jerawat dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan jantina. Jerawat sebenarnya bermula dari pembukaan kelenjar sebum yang tersekat, menyebabkan bakteria merebak dan mendedahkan bukaan pada kotoran. Seterusnya, bukaan kelenjar akan membengkak sebelum pecah dan mengeluarkan cecair seperti nanah yang dikenali sebagai pustule.

Selain itu, perubahan hormon bagi remaja lelaki dan perempuan dalam tubuh mereka membuatkan liang roma mula membebaskan minyak atau sebum yang akan menyebabkan jerawat hadir tanpa diundang. Sebenarnya jerawat bukan sahaja di muka, malah muncul juga di bahagian leher, bahu, dada dan belakang badan. Jerawat akan muncul di kawasan liang roma sensitif pada rangsangan hormon. Ketika berpeluh, jerawat akan kelihatan menonjol yang membuatkan kita tidak selesa.

terdapat 5 jenis jerawat iaitu :

Bintik putih
          Bintik ini muncul atas atau bawah kulit berbentuk benjol berwarna atau kemerah-merahan. Ini disebabkan liang tersumbat berada di bawah permukaan kulit manakala dinding folikel tidak pecah.

Bintik hitam
         Berlaku apabila liang yang tersumbat membesar dan terbenjol keluar dari rongganya. Minyak dan sel kulit akan menyebabkan kulit kelihatan berminyak walaupun selepas mencucinya. Warna yang muncul pada bintik hitam disebabkan oleh ‘oxidation’.

Papules
       Papules muncul dalam keadaan bengkak dan keras kurang lima milimeter berwarna merah, sedikit benjol dan bengkak.

Pustules
       Berbentuk kubah dan bengkak serta menjadikan kulit di bahagian berkenaan sensitf. Ia disebabkan oleh nanah yang terkumpul akibat dari campuran darah putih, kulit mati dan jangkitan bakteria. Pustules tidak meniggalkan parut pada kulit.

Cysts/ Nodules
       Cysts ialah bonjolan tertutup sebesar manik dan sangat sakit sekiranya tersentuh. Cysts muncul dalam lapisan kulit yang turut merosakkan struktur tisu kulit dan meninggalkan parut sekiranya dipicit.


FAKTOR-FAKTOR YG MENYEBABKAN JERAWAT 

1.Perubahan hormon
Apabila berlaku perubahan hormon seperti zaman baligh remaja, mengandung, datang  haid ataupun menopause bagi wanita, jerawat akan timbul disebabkan hormone dalam badan,iaitu hormone androgen (testosterone) yang ada dalam badan lelaki dan wanita.Kebiasaannya seawal seminggu sebelum kedatangan period sehingga seminggu setelah habis period,jerawat akan mudah naik pada bila-bila masa. Ketidakstabilan hormone ini kadang-kala terkawal dan sekiranya tidak terkawal, masalah ini akan berlanjutan.Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an - 40 'an.Selain drpd itu,penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12 juga menyebabkan perubahan hormon berlaku.

2.Tekanan (Stress)


Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.Tekanan ada dua, sama ada emosi atau fizikal.

Tekanan fizikal:
             Exercise atau bersukan tanpa rehat yang cukup
Tidur yang tidak mencukupi/tidur lewat/tidur tidak teratur
 Jadual seharian yang sangat ketat
Merokok, pengambilan dadah

Tekanan emosi
Bimbang atau kerisauan yang berlebihan
Buli
Masalah hubungan rumah tangga atau kekasih
Kerja /study yang banyak

3. Pemakanan
Pemakanan yg tidak seimbang seperti kacang,makanan berperisa,seafood (udang,ketam,sotong,kerang), belacan,makanan berminyak/bergoreng,telur,daging,ayam goreng,makanan berlemak spt santan,dairy products spt susu lembu,coklat.

 4.Toksin
Jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badannya.Jika sistem semula jadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain

5.Faktor Genetic
Ada keturunan di mana kulit mukanya tidak bermasalah seperti golongan arab yang rata-rata bermuka putih licin, dan tidak berminyak manakala jerawat menghantui hidup golongan asia. Atas sebab itu ubat antijerawat sangat laku dijual di Asia dan tidak mendapat sambutan oleh masyarakat Arab.

6.Allergic atau alahan
Alergic atau alahan apabila menggunakan kosmetik,foundation,cream muka baru atau pencuci muka baru yg ada bahan-bahan chemical tertentu yg tidak sesuai dgn kulit..Cara pembersihan make up yang tidak betul juga menyebabkan liang roma tersumbat.Pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak juga memberi masalah jerawat di kulit. Malah, ada juga individu yang allergik dengan sesetengah makanan


7. Perubahan biologi badan
Ada segolongan individu kandungan minyak (sebum) di kulit berubah komposisi. Ada pulak golongan yang menghadapi perubahan pada sel kulit muka seperti hyperproliferation of KC  (tak dapat ditafsirkan bagi golongan bukan dalam bidang perubatan)

8.Persekitaran & Pencemaran
Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar-bandar besar,kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh hampir semua penduduk kawasan tersebut.Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit.


9.Jangkitan pada kulit & Resdung
 Kuman (bacteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar sebum di kulit anda dan menyebabkan jerawat. Atas sebab itu jerawat  dinasihatkan tidak dipicit kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit tersebar ke kawasan sekitar dan menyebabkan jerawat di permukaan yang lebih luas.

10.Faktor Cuaca
Perubahan cuaca serta cuaca panas juga adalah faktor jerawat keluar. sebabnya, kalau kita kuat berpeluh, kulit akan jd berminyak..ini akan menggalakkan pertumbuhan jerawat



KESAN PENYAKIT MELALUI JERAWAT PADA WAJAH ANDA




SET PENJAGAAN KULIT MUKA DARI SHAKLEE


GLA COMPLEX, ESP dan ZINC COMPLEX adalah antara vitamin shaklee yang bagus dan femes untuk menghalang pertumbuhan jerawat, malah membantu menghilangkan parut jerawat

 1. GLA Complex bantu menghalang jerawat dari tumbuh



GLA Complex mengandungi GLA dari sumber borage seed adalah 2 kali ganda lebih pekat daripada GLA dalam EPO (Evening Primrose Oil), 3 kali lebih dari segi biovailability dan 3 kali ganda lebih berkesan dari EPO. 

GLA amat baik untuk kesihatan, melembutkan dan menganjal. Digunakan secara meluas dalam kosmetik, kerana kombinasi Omega 3 dan Omega 6 asid lemak menyuburkan epidermis. Tinggi dalam asid salisilik, minyak borage digunakan secara meluas dalam kosmetik sebagai anti-jerawat dan anti-septik.

GLA Complex ni sangat membantu dalam memperbaiki inflamasi kulit dan menstabilkan hormon.

2. ESP membantu menghilangkan parut jerawat


ESP Shaklee juga memberi kesan positif dari segi warna kulit. Kulit nampak cerah, glowing dan licin. Jerawat juga hilang. Parut jerawat juga semakin pudar. Ini kerana ESP Shaklee menggantikan sel-sel kulit mati yang menyebabkan binti-bintik hitam pada kulit dengan sel-sel baru yang lebih segar.

Lebih cepat sel-sel mati diganti, lebih cepat kulit akan dirawat. ESP ni membantu merangsang pembentukan semula kulit yang baru bagi menggantikan kulit yang telah rosak akibat jerawat atau parut jerawat.

3. ZINC membantu memulihkan luka jerawat



Zinc dirumus dari zinc glukonat semulajadi bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk Alfalfa. 


Zinc membantu dalam memulihkan luka dengan cepat dan juga mengurangkan kesan-kesan luka dalaman dan luaran kulit akibat jerawat. Kekurangan zinc juga merupaan penyebab jerawat muncul. Dosage zinc harian yang dicadangkan adalah antara 25-30mg sehari untuk menghalang jerawat.

TESTIMONI




Hubungi saya kalau anda berminat untuk dapatkan SET PENJAGAAN KULIT SHAKLEE atau mana-mana vitamin shaklee

Zety
Shaklee Independent Distributor (ID-1084234)
Sms/whatsapp: 013-2343837
Email: norizzatiey@gmail.com
FB: www.facebook.com/zety.blubery
Fanpage FB: Supplement Kiosk
       



*produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat,menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.