SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

Wednesday, December 3, 2014

SHAKLEE - SET KESUBURAN UNTUK LELAKI



Sekiranya anda sudah berumahtangga dalam tempoh tertentu tetapi sehingga hari ini masih lagi belum dikurniakan zuriat oleh Allah SWT, besar kemungkinan anda mempunyai masalah hormon yang tidak stabil. Pasangan yang mengalami masalah kesuburan ialah pasangan yang telah berkahwin lebih 2 tahun tetapi masih belum mendapat zuriat sedangkan mereka tidak menggunakan sebarang alat pencegah hamil seperti pil perancang, kondom, implan dan lain-lain. Selalunya, bila sesetengah pasangan itu masih belum ada rezeki untuk menimang anak sendiri, hanya golongan wanita yang sering dikatakan tidak subur.

Malah, kebanyakan lelaki tidak mengambil peduli tentang tahap kesuburan sendiri dan hanya menyalahkan isteri jika sukar dapat anak. Walau bagaimanapun, kini lebih ramai yang sedar dan prihatin tentang masalah kesuburan. Ini kerana, dalam usaha untuk mendapatkan zuriat memerlukan kerjasama dan sokongan dari kedua belah pihak suami dan juga isteri.

Tahukah anda hampir 40% daripada kes kesukaran mendapat cahaya mata adalah disebabkan oleh lelaki..? Ia terjadi akibat ketidaksuburan lelaki yang berpunca daripada kualiti sperma yang rendah serta bilangan sperma yang tidak mencukupi untuk 'berusaha' menembusi dinding ovum wanita. Titisan air mani yang sihat haruslah mengandungi 40 juta sperma yang sihat untuk mampu menjadikan seorang wanita itu mengandung. Jumlah air mani yang tidak normal dan sperma yang cacat antara punca ketidaksuburan dari pihak lelaki.


Selain daripada masalah hormon, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan seseorang lelaki itu mempunyai masalah kesuburan. Antara punca yang boleh menjejaskan kualiti sperma lelaki adalah :
  • Merokok
  • Tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang & sihat
  • Tidak rajin bersenam
  • Gemar meminum arak
  • Tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat
  • Amat jarang melakukan hubungan intim dengan isteri
Oleh itu, adalah disarankan beberapa cara untuk mengatasi masalah ketidaksuburan lelaki iaitu:
  • Dengan meningkatkan pengambilan makanan kaya dengan unsur zat besi (zinc). Contoh makanan yang tinggi kandungan zinc ialah tiram. Selain itu banyakkan memakan daging kambing, lembu, kekacang dan majerin sunflower. Satu lagi jenis makanan yang tidak kurang pentingnya juga ialah tomato. Tomato mengandungi unsur lycopene yang mampu meningkatkan bilangan sperma.
  • Mengamalkan pemakanan vitamin dan herba yang boleh meningkatkan penghasilan sperma. Contohnya seperti vitamin C dan E di mana ianya mampu meningkatkan keupayaan sperma untuk berenang dan bergerak. Bagi herba pula anda boleh pergi ke kedai farmasi dan cari suplemen yang kaya dengan maca, ginkgo biloba, muira puama atau horny goat weed (epimedium).
  • Lakukan Senaman Kegel. Senaman Kegel ialah senaman bagi mengemut otot PC anda (otot ketika anda tahan kecing). Ianya mampu bukan sahaja menambahkan isipadu pancutan sperma malah dapat juga memberi kemampuan anda menahan dan mengawal pancutan ari mani anda ketika bersama isteri.
  • Pastikan anda setiasa terhidrasi. Maksudnya, banyakkan meminum air kosong bagi mengelakkan sel-sel dalam badan anda kering. Minumlah sekurang-kurangnya 6 gelas air kosong sehari. Elakkan meminum kopi yang banyak kerana ianya akan membuatkan sel-sel sperma anda ter-dehidrasi iaitu kehilangan air dalam sel.
  • Kerapkan lakukan hubungan intim bersama isteri anda untuk meningkatkan lagi kebarangkalian agar persenyawaan sperma anda dan ovum isteri anda boleh berlaku. Sel sperma hanya mampu bertahan dan subur setiap 24-36 jam sekali. Selepas tempoh masa tersebut, sel-sel sperma akan ‘dikitar semula’ dan akan menghasilkan semula sel-sel sperma yang baru di mana ianya akan mencapai tahap kematangan 24-36 jam seterusnya.
  • Rajin bersenam. Tak perlu anda menjadi seperti seorang atlet atau pemain bola sepak bertaraf dunia. Hanya sekadar berjogging pun sudah memadai. Senaman mampu meningkatkan kadar pengaliran darah ke bahagian zakar anda serta meningkatkan tahap testosterone. Apa yang pastinya, senaman ialah baik untuk kesihatan seks anda.

Jadi, SHAKLEE ada menawarkan set kesuburan bukan sahaja untuk wanita, malah untuk suami juga. Set kesuburan lelaki shaklee terdiri daripada Vitamin E Complex, Zinc Complex dan juga COQHEALTH.

VITAMIN E COMPLEX
Vitamin E merupakan salah satu supplement vitamin Shaklee yang disarankan untuk diambil oleh para suami yang telah sekian lama mencuba untuk mendapatkan zuriat. Ini kerana Vitamin E Complex ini mengandungi bahan-bahan yang mampu membantu meningkatkan tahap kesuburan lelaki dari aspek meningkatkan kualiti serta bilangan sperma. Kajian telah menunjukkan bahawa vitamin E adalah penting dalam melindungi dan meningkatkan kesihatan sel tubuh. Setiap bahagian tubuh manusia terdiri daripada berjuta-juta sel, termasuklah organ-organ pembiakan, telur dan sperma. Vitamin E adalah vitamin kesuburan untuk lelaki. Vitamin E atau juga dikenali dengan nama Vitamin Cinta diperlukan oleh lelaki maskulin untuk meningkatkan kesuburan.

Vitamin E membantu meningkatkan hormon seks sama ada untuk  lelaki mahupun wanita. Keunikan Vitamin E Shaklee adalah kerana ianya turut mengandungi silenium berbanding lambakan Vitamin E lain di pasaran yang dijual berasingan dengan silenium. Ia juga sangat bagus untuk jantung dalam masa yang sama boleh meningkatkan pengeluaran hormon testosteron.


Antara kandungan Vitamin E Complex adalah:
  1. Vitamin E semulajadi - Vitamin E merupakan sumber yang kuat untuk imuniti dan kulit & mata yang sihat. Ia juga bertindak sebagai anti oksidan bagi badan manusia. Ia mampu melindungi sel-sel badan manusia daripada rosak.
  2. Selenium - Selenium memainkan peranan penting dalam meningkatkan metabolisme serta mencegah kanser prostat pada lelaki. Antara sumber makanan yang mengandungi tinggi selenium adalah kekacang, ikan tuna, ikan kod, daging serta bijirin.
  3. Ekstrak biji anggur - Ia berasal daripada biji anggur merah yang diekstrak minyaknya. Ia amat berkesan dalam melancarkan sistem peredaran darah, mengurangkan kadar kolesterol jahat (LDL), mengurangkan bengkak disebabkan kecederaan serta bertindak sebagai anti oksidant. Ia juga dipercayai mampu mengurangkan risiko kanser.
ZINC COMPLEX
Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukan hormon testosteron, membantu mengekalkan jumlah air mani, membantu mengekalkan paras testosteron yang bersesuaian, serta membekalkan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose Nucleid Acid). Secara keseluruhannya, zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sprema yang sihat. Kekurangan zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma abnormal dan penyakit prostat. Zink juga digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

Zink memberi kesan terhadap pelbagai hormon termasuklah hormon seksual, hormone tiroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostat dan tiroid yang tidak aktif . Kekurangan zink juga dikatakan antara sebab kemandulan. Istilah yang digunakan adalah “Below the level of technical sterility”  bermaksud ‘di bawah paras kesuburan’. Ia mempengaruhi bilangan sperma dan pergerakan sperma. Justeru, zink ini memang penting untuk meningkatkan kesuburan.



COQHEALTH
Coqhealth Shaklee mengandungi coenzyme Q10 (CqQ10). Coq10 merupakan zat makanan larut lemak yang berada secara semulajadi dalam sel tubuh kita. Coenzyme Q10 mempunyai banyak faedah dalam kesuburan lelaki terutamanya untuk golongan lelaki yang mempunyai masalah kualiti sperma. Coqhealth juga mempunyai fungsi antioksidan. Selain itu, ia bertindak membekalkan tenaga kepada sperma. Keadaan ini meningkatkan pergerakan sperma. Sperma yang aktif meningkatkan kebarangkalian untuk bersenyawa dengan ovum.

Kajian menunjukkan bahawa CoQ10 aktif di dalam testis dan juga merupakan antioksidan yang memainkan peranan penting dalam membentuk membran dan struktur lain di dalam sel bagi tujuan untuk memerangi kesan oxidative stress. Kandungan antioksidannya menggalakkan pergerakan sperma menjadi aktif dan meningkatkan kualiti sperma itu sendiri.

Pergerakan sperma yang aktif akan meningkatkan keberangkalian isteri untuk hamil. Oleh itu, pengambilan supplement yang kaya dengan CoQ10 adalah amat digalakkan  sebagai salah satu usaha untuk membantu pasangan suami isteri memperoleh zuriat.

Terdapat juga kajian yang menunjukkan lelaki yang mengambil CoQ10 selama 6 bulan didapati kualiti air mani dan kuantiti sperma didapati bertambah. Didapati juga kuantiti sperma yang aktif juga bertambah di dalam lelaki yang mengamalkan CoQ10.

Mengapa anda disyorkan mencuba Set Kesuburan Shaklee?
  • Set ini memperbaiki kebolehan seksual lelaki. Juga meningkatkan nafsu seks.
  • Meningkatkan kiraan sperma.
  • Memanjangkan hayat sperma apabila dilepaskan.
  • Tingkatkan motiliti sperma dan halang sperma dari bergumpal.
  • Tambahkan hormon estrogen bagi isteri dan testosterone bagi suami.
  • Kehidupan di atas katil lebih hangat dan mesra

Tak salah untuk kita berusaha untuk mendapatkan zuriat. Selain mengamalkan pengambilan supplement, pasangan yang berusaha untuk mendapatkan zuriat haruslah mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang, mengamalkan cara hidup sihat disamping berdoa kepada ALLAH SWT..mudah-mudahan doa anda untuk mendapatkan zuriat sendiri akan termakbul..AMIIN..



ZETY
0132343837
01133290140

No comments:

Post a Comment