SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

Tuesday, December 9, 2014

KEKURANGAN DARAH MERAH ATAU HEMOGLOBIN(HB) RENDAH KETIKA MENGANDUNG – SEJAUH MANA ANDA AMBIL TAHU??





Hai semua..entry kali ni sy nk cite sket la masalah berkaitan ibu mengandung ni...masa pergi check up kt klinik msti korg familiar dgn perkataan Hb kn?nurse slalu bebel2 kt kita kalau Hb rendah..tp sejauh mana anda tahu tentang Hb ni?ramai jugak yg tidak tahu kepentingan mengekalkan paras Hb yg baik(>11g/dl) semasa mengandung..ok meh baca dlm entry saya ni..

Hemoglobin atau Hb adalah molekul protein yang terdapat di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa gas oksigen daripada organ paru-paru ke seluruh tubuh manusia dan kembali semula ke paru-paru dengan membawa gas karbon dioksida setelah diambil daripada semua jaringan tubuh manusia.

Hemoglobin terdiri daripada gabungan empat molekul protein (rantai globulin) yang berkaitan bersama-sama. Setiap rantai globulin mengandungi struktur penting disebut molekul heme. Terdapat molekul heme besi yang berfungsi untuk mengangkut gas oksigen dan gas karbon dioksida dalam darah. Besi (Iron) terkandung dalam Hemoglobin yang juga berfungsi untuk mewarna merah darah. 

Hemoglobin turut memainkan peranan penting dalam mengekalkan bentuk sel darah merah. Struktur Hemoglobin yang tidak normal akan menggangu pembentukan sel darah merah dan seterusnya menghalang pengaliran melalui pembuluh darah.

Bacaan Hb pulak adalah suatu pengukuran yg diambil melalui sampel darah kita untuk menentukan paras haemoglobin di dalam darah. Hb rendah maksudnya seseorang ibu tu mengalami kekurangan darah merah. Ketika mengandung, mereka memerlukan zat besi yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah..kebiasaannya, zat besi ni diperoleh daripada makanan atau pengambilan suplemen.



Sebenarnya memang ramai ibu mengandung kt luar sana mengalami kekurangan zat besi yg sgt penting untuk pembentukan Hb ini. Kekurangan ini berpunca akibat pengambilan nutrisi harian yang tidak ada atau kurang mengandungi zat besi. Bagi mengatasi masalah kekurangan zat besi, sekurang-kurangnya 30mg suplemen zat besi (iron supplement as ferrous fumarate) disarankan tatkala hamil. 



Zat besi ni biasanya banyak terdapat dalam makanan laut seperti kerang, tiram, ikan bilis.. namun bukan mudah bagi kita hendak bergantung dengan sumber asli semata-mata disamping sumbernya juga terhad kan..?? Ada jugak di kalangan kita yang alergik dgn makanan laut ni kan? Selain makanan laut, sayuran hijau seperti sawi dan bayam, kuning telur dan hati ayam juga boleh membantu menaikkan Hb..masa sy mengandung dl sy kerap makan jambu batu..yg ni pon dorg suggest untuk naikkan Hb jugak..




Selain daripada kekurangan zat besi dalam pemakanan harian, ada beberapa punca yang boleh dikaitkan dengan Hb rendah :
  • peningkatan dalam isipadu darah 
  • penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah
  • penurunan kadar Hb normal
  • kurangnya pengambilan zat besi dalam diet
  • kekurangan asid folat
  • pendarahan gastrointestinal(saluran pencernaan)
  • kehilangan darah dari pendarahan buasir

Ada sesetengah ibu-ibu yang mengandung mahupun yang menyusukan anak amat mudah rasa pitam atau pening kepala kerana mereka kekurangan zat besi ataupun dipanggil iron dalam pengambilan diet harian mereka. Di sini sy nk bg sedikit tips dari dr zubaidi hj ahmad sekiranya anda berasa pening semasa mengandung

1. duduk atau baring jika merasa pening untuk mengelakkan terjatuh.
2. elakkan mengubah posisi duduk atau berdiri dengan pantas.
3. berbaring ke sebelah kanan boleh membantu peredaran darah ke jantung.


Antara risiko HB rendah pada ibu mengandung
  • ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan 
  • cepat letih
  • mengalami sesak nafas
  • mengalami keguguran
  • mengalami kegagalan jantung
  • jantung berdenyut dengan pantas
  • pendarahan semasa mengandung dan bersalin
  • risiko alami penyakit berjangkit
  • rasa berdebar-berdebar

 
Antara kesan kepada bayi dalam kandungan
  • lahir sebagai pramatang atau tidak cukup bulan
  • pertumbuhan janin terbantut 
  • berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
  • anak lemas semasa lahir 
  • mati ketika dilahirkan atau stillbirth
Bahaya tau kalau anda wat x kisah pasal paras Hb dalam darah ni..alert la dgn apa2 yg nurse bebel2 tu..semuanya demi kebaikan kita dan anak kita kan..huhuhu..

Bagi mereka yang tak yakin dengan pengambilan iron yang cukup dalam makanan seharian, saya sarankan pengambilan vitamin atau suplemen untuk membantu meningkatkan kadar Hb ibu mengandung. Vitamin shaklee yang sesuai diamalkan bagi tujuan ini adalah seperti berikut:

VITA-LEA with iron formula


  • bertindak sebagai multivitamin
  • dilengkapi dengan kandungan zat besi bagi memenuhi keperluan ibu mengandung
  • tablet disaluti spirulina, sangat larut dalam air dan mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan maximum di usus kecil
  • multivitamin terbaik dalam public interest tahun 2000
  • ujian klinikal menunjukkan pengambilan vitalea selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sbnyk 65%
  • teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin b penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel2 baru
  •  menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan potensi produk 

 
FUNGSI VITALEA
  • penggunaan vitalea secara konsisten boleh meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
  • menyokong jangka hayat hati, usus dan mata
  • meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
  • memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas. antara mineral dan vitamin yang terdapat di dalam vita-lea adalah kalsium, vitamin d, vitamin e, beta karotena dan pelbagai lagi. 
 
Tetapi, kalau anda ada bajet lebih, boleh dapatkan set kehamilan daripada SHAKLEE


ZETY 
0132343837 

Monday, December 8, 2014

KENAPA PENGAMBILAN VITAMIN C YANG CUKUP AMAT PENTING PADA TUBUH BADAN??




Vitamin C adalah nutrisi yang sangat penting kerana fungsinya yang sangat besar bagi kesihatan tubuh badan kita. Antara fungsi vitamin C adalah meningkatkan imuniti tubuh dan mencegah selesema. Kekurangan vitamin C dalam tubuh boleh mengakibatkan beberapa penyakit dan masalah kesihatan yang lain.




Tubuh manusia tidak mempunyai kemampuan untuk menghasilkan vitamin C dan ia perlu dimasukkan di dalam diet melalui pengambilan makanan yang kaya vitamin C. Dengan mengambil buah-buahan, sayur-sayuran atau makanan yang ditambah vitamin C setiap hari, seseorang dapat mengelak daripada mengalami penyakit. Kandungan vitamin C dalam tubuh boleh kehabisan dalam tempoh satu hingga tiga bulan dan ia perlu ditambah dari masa ke masa.

Pengetahuan mengenai kadungan vitamin C dalam makanan penting kerana ia boleh membantu meningkatkan sistem pertahanan badan seseorang. Manusia mendapat 90 peratus jumlah vitamin C daripada sayur-sayuran dan buah-buahan tetapi kandungan vitamin C dalam makanan berkenaan boleh berkurangan sehingga 40 peratus apabila ia dimasak.



Pada masa sama, vitamin C yang juga dikenali sebagai asid askorbik mudah teroksida dan simpanan di dalam tubuh pula banyak digugat oleh faktor alam sekitar dan gaya hidup seperti merokok serta keadaan biologikal seperti keradangan atau mengambil zat besi secara berlebihan.

Penyakit yang paling umum terjadi akibat kekurangan vitamin C adalah penyakit kudis yang terjadi disebabkan tubuh kekurangan kolagen..ulser, gusi berdarah dan kulit kering juga merupakan antara faktor tubuh kekurangan vitamin C.



Selain beberapa faktor di atas, tubuh yang kekurangan vitamin C juga dapat dilihat seperti berikut :

1. Kekurangan tenaga yang kronik
Kekurangan vitamin C bahkan juga dapat mempengaruhi kekuatan tulang. Kekurangan vitamin C juga dapat menyebabkan penurunan berat badan secara drastik.

2. Pendarahan gusi, gigi tanggal, atau gingivitis

Hal ini terjadi disebabkan tubuh kekurangan kolagen yang diperlukan untuk membentuk dan memelihara jaringan gigi dan gusi. Vitamin C sangat diperlukan oleh tubuh untuk mensintesis kolagen.

3. Perubahan suasana hati
Orang yang kekurangan vitamin C, moodnya mudah sekali berubah-ubah, sangat beremosi, dan mudah marah.

4. Sakit sendi
Sakit sendi yang kronik merupakan tanda-tanda kain yang menunjukkan bahawa tubuh kekurangan vitamin C. Kadang-kadang penyakit kudis yang parah juga dapat menyebabkan pendarahan di dalam sendi dan menimbulkan rasa sakit
 
5. Anemia
Anemia adalah tanda lain dari kemungkinan kekurangan vitamin C. Orang yang kekurangan vitamin C juga mudah jatuh sakit karena sistem imun tubuhnya lemah.

Sebotol SUSTAINED RELEASE VITAMIN C ni ada 180 biji..boleh tahan sampi 6 bulan taw..jimat sangat kalau nk bandingkan dengan brand lain..kalau berminat hubungi saya

ZETY
0132343837

Saturday, December 6, 2014

HANGATKAN KEMBALI HUBUNGAN SUAMI ISTERI DENGAN SET VITAMIN CINTA SHAKLEE




Banyak faktor yang menyumbang kepada kedinginan terhadap pasangan. Selain dari faktor kesibukan pasangan suami isteri dengan kerja-kerja pejabat, stress dengan tugasan seharian, keletihan akibat tekanan kerja, tekanan emosi, kemurungan disebabkan kelahiran anak(angin meroyan) khususnya wanita, wanita yang meningkat usia di samping telah melahirkan ramai anak juga sering mengalami masalah ni. Perubahan hormon wanita itu sendiri telah membuatkan mood seseorang wanita sentiasa berubah dan secara tidak langsung menyebabkan mereka mengalami kedinginan seks. Penat melayan kerenah anak-anak di rumah juga boleh memberi kesan kepada hubungan intim suami isteri. Boleh dikatakan setelah melahirkan zuriat, saat romantik sudah tiada lagi pada kebanyakan pasangan. Kalau ada pun sudah tidak sama seperti zaman tengah berdua..mesti anak-anak yang akan diutamakan dahulu. 



Proses kelahiran anak menyebabkan otot bahagian dalaman wanita menjadi tidak ‘sekencang’ dahulu. Kebanyakan wanita yang baru melahirkan anak sering merasa letih dan kurang bermaya disebabkan kurang rehat dan tidur. Ada juga yang hilang ghairah untuk melakukan hubungan intim dengan suami. Situasi ini membuatkan si suami merasa dipinggirkan dan tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.


Sebenarnya, golongan suami juga tidak terlepas daripada hal ini kerana disebabkan beberapa faktor seperti keletihan akibat tekanan kerja yang menyebabkan kekurangan stamina, kurang ereksi, dan ada yang tidak dapat memberi kepuasan kepada isteri. Kedinginan seks yang berlaku pada pasangan suami isteri bukan sahaja boleh menjejaskan kebahagian rumahtangga. Malah mungkin antara punca berlakunya penceraian atau mencari kebahagiaan lain. Kalau boleh hubungan romantik tu kena lah sentiasa ada dalam hubungan suami isteri barulah rumah tangga akan sentiasa gembira dan bahagia.



Jadi, bagi mengatasi masalah ni..saya cadangkan anda dan pasangan untuk cuba SET VITAMIN CINTA SHAKLEE yang terdiri daripada VITAMIN E COMPLEX dan juga ALFALFA..

Bagaimana Vitamin E Membantu Masalah Dingin Suami Isteri?

Sebuah kajian yang diterbitkan dalam "Archives of Andrology" edisi Mac-April 2003 menunjukkan lelaki yang mengambil Vitamin E dapat meningkatkan motiliti sperma. Pengambilan Vitamin E juga dapat meningkatkan kiraan sperma. Memandangkan Vitamin E ialah Anti-oksidan, ia dapat melindungi tubuh daripada radikal bebas yang merosakkan sel (termasuk sperma).  

Antioksidan yang seimbang dalam VITAMIN E bertindak menghalang penghasilan radikal bebas akibat tekanan. Nitrik oksida membantu pelancaran darah di alat sulit lelaki dan membantu ereksi yang lebih baik. Maka VITAMIN E memang terbukti membantu lelaki terutama yang mengalami tekanan akibat kerja atau masalah kesihatan.

Vitamin E juga meningkatkan Libido seseorang lelaki dengan membantu meningkatkan paras hormon Testosteron mereka. Tanpa hormon ini, seseorang lelaki akan cenderung untuk menjadi 'dingin'.
Serta dapat meningkatkan saluran darah dan oksigen ke bahagian sulit lelaki dan wanita. So secara tidak langsung meningkatkan Keinginan dan Kehangatan Hubungan Suami Isteri tersebut

Selain itu, untuk wanita pula, Vitamin E membantu melembapkan tisu di miss V. Jadi ia bertindak sebagai
pelincir bagi wanita. Vitamin E membantu wanita menghasilkan prostaglandin yang menurunkan kadar hormon prolactin. Prolactin meningkat ketika ovulation dan menyumbang kepada simptom PMS. Amat penting sebenarnya untuk mengekalkan kadar prolactin yang seimbang untuk sistem reproduktif wanita, dan prostaglandin lah yang membantu seimbangkan hormon prolactin ini.

Peranan Vitamin E Complex Untuk Suami
  • Lebih bertenaga 
  • Ereksi yang lebih lama
  • Lebih cepat teransang
  • Akan meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki
  • Meningkatkan kesuburan
  • Melancarkan aliran darah
  • Sangat berguna dalam rawatan premenstrual syndrome
  • Antioksidan yang hebat
  • Menyihatkan jantung
  • Menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat
  • Membantu dalam pencegahan penyakit katarak
  • Meningkatkan prestasi atlit
  • Mengendurkan otot kaki dari kekejangan

Peranan Vitamin E kepada isteri

  •  Lebih tenaga (seksual)

  •  Lebih mudah terangsang
  •  Libido yang lebih kuat
  • Untuk menstabilkan hormon seks/kewanitaan, 

Dos Pengambilan Vitamin E untuk Suami dan Isteri

Kebanyakan lelaki yang mengambil Vitamin E sekurang-kurangnya seminggu sekali akan mempunyai lebih tenaga dan menikmati hubungan suami isteri berbanding yang tidak mengambilnya. Manakala wanita pula yang mengambil sekurang-kurang nya selama tiga bulan, akan membantu meningkatkan “sexual desires dan menikmati hubungan CINTA dengan lebih baik.
 
Pengambilan Vitamin E berdos tinggi iaitu 600-800 IU setiap hari membantu badan wanita menghasilkan estrol dan progesterone untuk mengimbangi lebihan estrogen dalam badan. Kondisi di mana “estrogen berlebihan” akan menyebabkan symptom PMS, seperti risau, kembung perut, sakit kepala, sengugut dan “mood swings”, yang sememangnya akan menganggu keadaan diri seorang wanita.

Untuk kesan yang lebih baik, isteri digalakkan untuk mengamalkan Alfalfa Complex. 

Kelebihan Alfalfa Untuk Isteri
  • Membantu mengurangkan masalah "kering ketika bersama"
  • Membantu mengurangkan masalah keputihan
  • Membantu detoks dan membantu mengurangkan sembelit
  • Meningkatkan stamina
  • Bertindak mengetat seperti kacip fatimah
  • Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  • Membuang angin dalam badan 
  • Melegakan elergi dan ekzema
  • Meringankan masalah badan seperti kaki dan nafas berbau
  • Untuk menstabilkan hubungan seks/kewanitaan terutama bagi ibu menyusu yang mempunyai kandungan prolaktin (hormon menyusu) yang tinggi

Apa Bezanya Vitamin E Complex Shaklee dengan vitamin E yang lain???

• Diperbuat dari MINYAK soya dan minyak biji gandum, yang kaya dengan vitamin E

• Diekstrak dengan d-alpha tocophery, d- alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E ( alpha,beta,gama,delta )

• Vitamin E yang paling lengkap di pasaran kerana mengandungi 10 mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot.
 

 
Boleh hubungi saya untuk dapatkan SET VITAMIN CINTA ni ye

ZETY
0132343837

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit