SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

Wednesday, November 19, 2014

OMEGA GUARD SHAKLEE BAHAYA..BETUL KE??

Bahaya Minyak Ikan Shaklee Omega Guard

Baru-baru ini sebuah Facebook Page berkaitan komuniti dan kesihatan mempersoalkan kewajaran ibu memberikan Omega Guard kepada bayinya dengan menitikkan kandungan minyak ikan dalam Omega Guard ke dalam susu bayi. Ini sebahagian dari FB post dari page berkenaan.

bahaya minyak ikan
cakna2



Disebabkan ramai yang sharing di FB, ramai juga lah pengguna Shaklee yang bertanya betul ke minyak ikan atau paling tepat lagi Omega Guard Shaklee ni bahaya pada kanak-kanak. Jika ibu-ibu atau ayah-ayah sekalian concern boleh baca lebih lanjut. Diingatkan juga saya hanya menulis berdasarkan ilmu yang ada melalui beberapa kelas berkaitan nutrisi yang diambil semasa belajar Bioteknologi dulu dan juga melalui pembacaan berterusan saya sekarang ini. Dan semestinya melalui kelas-kelas produk dan Bengkel Nutrisi yang dianjurkan oleh pakar nutrisi Shaklee yang berpengalaman 10 tahun dalam bidang nutrisi. Kena cakap sebab nanti ada yang kata saya tulis ikut hati sebab nak menegakkan SID..

Saya sendiri amalkan Shaklee Omega Guard sejak hamil anak sulung (3 tahun lepas). Bila anak sulung saya umur setahun lebih, saya memang ada beri dia makan Omega Guard dengan cara titikkan minyak ikan dalam kapsul Shaklee Omega Guard tu atas sudu dan disuap terus kepada anak saya. Tapi sekali je sebab dalam masa sama dia masih fully breastfeed dengan saya dan saya sendiri pun memang consume Omega Guard. Jadi saya tahu dia tetap dapat khasiat melalui susu ibu.

Cuma sekarang umur 2 tahun 8 bulan dan sudah tidak lagi menyusu dengan saya, jadi memang setiap hari saya beri dia Shaklee Omega Guard. Memang favourite supplement dia. Bangun pagi je minta. Sampai terpaksa sorok sebab dia suka sangat kunyah macam gula-gula (SAYA TIDAK TIPU). Sorok takut overdose makan bila suatu hari dia makan 4 biji tanpa saya sedar.
Itu cerita saya. Kena cerita juga. Sebab nak membuktikan saya sendiri berikan anak saya minyak ikan Shaklee Omega Guard. Jadi adakah saya sengaja membahayakan nyawa anak saya yang saya kandung 9 bulan 10 hari tu? Adakah saya taksub sangat dengan produk Shaklee sampaikan sanggup bahayakan nyawa anak kandung yang saya susukan dengan susu badan saya sendiri selama hampir 2 tahun tu TANPA ILMU langsung?

Jadi saya bukan jual minyak ikan Shaklee Omega Guard kepada ibu-ibu lain semata-mata nak kejar bonus atau pangkat dalam Shaklee. Saya kongsikan sebab saya yakin tentang khasiat dan keselamatannya. Kita balik ke isu asal iaitu bahaya minyak ikan Shaklee Omega Guard terutama pada kanak-kanak.
Melalui pembacaan dan kajian yang saya buat, orang dewasa digalakkan ambil tidak melebihi 3 gram minyak ikan (omega-3) sehari. Ini saya jumpa di website MayoClinic. Masa saya belajar Biotechnology dulu, memang setiap minggu kami kena baca 3-4 research journal dan MayoClinic adalah salah sebuah peneraju penyelidikan saintifik. Jadi saya kira kredibiliti maklumatnya tinggi. Jika anda pengguna Shaklee Omega Guard, anda boleh lihat sendiri di botol ada tertulis Shaklee cadangkan kita ambil 3 kapsul sehari yang mengandungi 990 miligram minyak ikan. Jadi memang tak lebih pun 3 gram.

Dari segi dos minyak ikan untuk kanak-kanak, saya tak jumpa sumber yang saya yakin kredibilitinya tinggi. Tapi ada satu sumber menyatakan kanak-kanak bawah 3 tahun boleh ambil 1/4 sudu besar minyak ikan sehari. Saya rujuk di sini. Sebagai ibu, saya suka membaca info-info di BabyCenter sebab ia adalah international parenting website di mana tulang belakangnya adalah pakar-pakar perubatan, pakar Ob-Gyn, pakar pediatrik, pakar nutrisi dan pakar-pakar bidang berkaitan lain yang bertauliah. Jadi bukan cakap-cakap orang tak ada kelayakan. Dan menurut info di BabyCenter, berikan anak minyak ikan sebagai supplement is a good idea jika anak tidak makan ‘fatty fish’ at least sekali seminggu. Boleh rujuk di sini.

Jadi kenapa timbul isu bahaya minyak ikan kepada kanak-kanak? Sebenarnya kita kena faham minyak ikan ni diambil dari mana. Tengok lah mana-mana sumber minyak ikan pun mesti kata dari ‘fatty fish’ atau ikan laut sejuk. Nama pun minyak ikan kan? Jadi ikan ni hidup di laut dan laut sebenarnya kawasan tinggi pencemaran. Laut kita ni kotor dengan bahan kimia dan ada yang memang sangat bahaya pada kesihatan macam merkuri, arsenik, kadmium dan banyak lagi. Paling teruk merkuri lah sebab keracunan merkuri boleh membawa maut.

Jadi dalam 2 lagi gambar yang di upload oleh admin page berkenaan pun tulis sebenarnya, minyak ikan atau ikan sendiri mesti diberi dalam keadaan berhati-hati untuk elakkan bahan-bahan kimia masuk dalam badan anak-anak. Kita pun tahu anak-anak kita ni immune system nya masih belum kuat, ginjalnya masih belum matang sepenuhnya. Jadi kita takut badan kanak-kanak tak boleh proses bahan-bahan asing ni. Itu sebab kenapa adanya bahaya minyak ikan pada kanak-kanak.
bahaya minyak ikan


bahaya minyak ikan



Saya suka admin page tu dah menyebabkan orang ramai lebih aware dengan pengambilan supplement. Selamat atau tidak? Ada side effect atau tidak? Saya juga suka sebab ramai SID sendiri yang berusaha membaca dan tambah ilmu kesihatan at least berkaitan dengan minyak ikan. Kita mesti menjual dengan ilmu sebab kita pegang amanah kesihatan customer kita.

Jadi bahaya minyak ikan Shaklee Omega Guard kepada kanak-kanak tu macam mana cerita nya? Macam saya cakap di atas, pakar-pakar ni takut minyak ikan yang kita beri tu tercemar dengan merkuri. Sebab tu disuruh dapatkan nasihat perubatan. Juga supaya kita dapat nasihat dos pengambilan yang sesuai dengan anak. Jadi bawa lah botol minyak ikan Shaklee Omega Guard atau brand lain yang anda nak dan tanya doktor, “Boleh tak saya beri anak saya makan minyak ikan ni”. Tapi hakikatnya rata-rata minyak ikan berjenama sudah diuji bebas dari merkuri atau bahan kimia berbahaya. Sumbernya dari BabyCenter juga.

merkuri

Dari segi bahayanya pecahkan kapsul untuk keluarkan minyak ikan di dalamnya, saya kurang jelas di mana bahayanya. Dari pembacaan saya, kita boleh dapat minyak ikan dalam 2 bentuk iaitu dalam bentuk cecair atau dalam gel kapsul. Tak mungkin lah boleh jumpa dalam tablet. Tak pernah jumpa kan??

Jadi sama ada dalam bentuk cecair atau gel kapsul, fungsinya sama. Yang beza pada kita sendiri sebagai pengguna. Nak memberi pilihan kepada kita. Ada orang tak boleh telan kapsul, jadi dia boleh ambil minyak ikan dalam bentuk cecair. Saya pernah tengok kapsul Omega brand Kordel. Seriuously besar sampai saya takut nak telan. Tak percaya, anda pergi sendiri mana-mana farmasi cari Omega brand Kordel dan tengok. Tapi kita pun tahu minyak ikan ni bau hanyir. Dan ada orang tak boleh minum. Sebab itu adanya dalam bentuk gel kapsul. Jadi cecair minyak ikan tadi tersimpan kemas dalam gel kapsul. Boleh lah kita telan tanpa muntahkan balik dek bau hanyir ikan.

Jadi saya tak nampak di mana bahaya minyak ikan Shaklee Omega Guard bila ibu pecahkan dan berikan melalui sudu atau letak dalam susu anak. Sebab setakat saya membaca, tak ada kaitan dari segi komposisi bahan. Malah minyak ikan dalam bentuk gel kapsul tahan lebih lama dari yang bentuk cecair. Sebab bila dibuka botolnya, minyak ikan bentuk cecair akan cepat rosak sebab teroksida bila terdedah dengan cahaya dan udara setiap kali kita buka penutup untuk minum. Saya dapat maklumat di LiveStrong. Jadi sekali lagi, saya tidak nampak di mana bahaya minyak ikan Shaklee Omega Guard bila dipicit keluar dari gel kapsulnya. Tapi jika anda tahu, silakan komen untuk sama-sama timba ilmu.

Jadi sekarang pendapat saya, tak nampak di mana bahaya minyak ikan Shaklee Omega Guard bila dikeluarkan dari gel kapsulnya. Nak menjawab kenapa nak tambah dalam susu formula sedangkan susu formula dah ada Omega-3? Kita nak Omega-3 ni sebenarnya untuk DHA dan EPA. Paling utama DHA lah bagi perkembangan otak kanak-kanak. Memang lah iklan susu formula hebat, semua highlight pasal DHA tapi pernah ke kita tengok dekat kotak dia cukup atau tidak keperluan DHA dalam susu formula tu. Dan ada sesetengah budak memang perlukan lebih Omega-3 terutama budak sakit athma, autism dan ADHD. Ni memang ada kajian saintifik yang buktikan Omega-3 membantu ya.

Kalau nak menjawab pasal susu ibu tu, saya sendiri masa anak sulung saya fully breastfeed dengan saya pun saya tak ada beri dia minyak ikan Shaklee Omega Guard pun. Saya sendiri je yang telan Omega tu sebab saya tahu dia dapat juga melalui susu ibu saya. Tapi sekarang anak saya dah tak breastfeed, jadi saya beri pada dia terus ikut dos yang dibenarkan. Untuk kanak-kanak ada dos yang dibenarkan ya. Sebab tu kena cari pengedar yang bertauliah yang buat pembacaan, pergi kelas-kelas nutrisi dan bengkel produk. Ada masa customer cari yang nak murah je. Fikir-fikirkan lah.

Kalau part Shaklee tak kata beri untuk bawah 18 tahun tu memang betul. Sebab tak ada pun kajian mana-mana kata bawah 18 tahun tak boleh makan minyak ikan. Jadi sebab tak bahaya maka Shaklee tak ada lah tulis. Kalau bahaya untuk bawah 18 tahun, Shaklee mesti akan tulis sebagaimana dekat botol Alfalfa memang tertulis tidak boleh diambil oleh pesakit SLE sebab memang tahu Alfalfa boleh membahayakan pesakit SLE. Jadi sebab minyak ikan Shaklee Omega Guard ni tak bahaya untuk bawah 18 tahun, maka Shaklee tak ada tulis WARNING.

Kalau ada yang cakap, macam lah tak ada makanan lain yang boleh bekalkan Omega-3 selain minyak ikan dari ‘fatty fish’ tu. Ya memang ada. Jadi pilihannya pada tangan kita sendiri sebagai ibu bapa. Kita nakkan Omega-3 ni sebab nakkan DHA dan EPA. Kalau boleh berikan pada anak-anak melalui sumber lain, takpe lah. Pilihan kita masing-masing kan.


credit to MASTER AIMI SYAIRAH ( www.LifeFit.my )

No comments:

Post a Comment