SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

Monday, December 8, 2014

KENAPA PENGAMBILAN VITAMIN C YANG CUKUP AMAT PENTING PADA TUBUH BADAN??




Vitamin C adalah nutrisi yang sangat penting kerana fungsinya yang sangat besar bagi kesihatan tubuh badan kita. Antara fungsi vitamin C adalah meningkatkan imuniti tubuh dan mencegah selesema. Kekurangan vitamin C dalam tubuh boleh mengakibatkan beberapa penyakit dan masalah kesihatan yang lain.




Tubuh manusia tidak mempunyai kemampuan untuk menghasilkan vitamin C dan ia perlu dimasukkan di dalam diet melalui pengambilan makanan yang kaya vitamin C. Dengan mengambil buah-buahan, sayur-sayuran atau makanan yang ditambah vitamin C setiap hari, seseorang dapat mengelak daripada mengalami penyakit. Kandungan vitamin C dalam tubuh boleh kehabisan dalam tempoh satu hingga tiga bulan dan ia perlu ditambah dari masa ke masa.

Pengetahuan mengenai kadungan vitamin C dalam makanan penting kerana ia boleh membantu meningkatkan sistem pertahanan badan seseorang. Manusia mendapat 90 peratus jumlah vitamin C daripada sayur-sayuran dan buah-buahan tetapi kandungan vitamin C dalam makanan berkenaan boleh berkurangan sehingga 40 peratus apabila ia dimasak.



Pada masa sama, vitamin C yang juga dikenali sebagai asid askorbik mudah teroksida dan simpanan di dalam tubuh pula banyak digugat oleh faktor alam sekitar dan gaya hidup seperti merokok serta keadaan biologikal seperti keradangan atau mengambil zat besi secara berlebihan.

Penyakit yang paling umum terjadi akibat kekurangan vitamin C adalah penyakit kudis yang terjadi disebabkan tubuh kekurangan kolagen..ulser, gusi berdarah dan kulit kering juga merupakan antara faktor tubuh kekurangan vitamin C.



Selain beberapa faktor di atas, tubuh yang kekurangan vitamin C juga dapat dilihat seperti berikut :

1. Kekurangan tenaga yang kronik
Kekurangan vitamin C bahkan juga dapat mempengaruhi kekuatan tulang. Kekurangan vitamin C juga dapat menyebabkan penurunan berat badan secara drastik.

2. Pendarahan gusi, gigi tanggal, atau gingivitis

Hal ini terjadi disebabkan tubuh kekurangan kolagen yang diperlukan untuk membentuk dan memelihara jaringan gigi dan gusi. Vitamin C sangat diperlukan oleh tubuh untuk mensintesis kolagen.

3. Perubahan suasana hati
Orang yang kekurangan vitamin C, moodnya mudah sekali berubah-ubah, sangat beremosi, dan mudah marah.

4. Sakit sendi
Sakit sendi yang kronik merupakan tanda-tanda kain yang menunjukkan bahawa tubuh kekurangan vitamin C. Kadang-kadang penyakit kudis yang parah juga dapat menyebabkan pendarahan di dalam sendi dan menimbulkan rasa sakit
 
5. Anemia
Anemia adalah tanda lain dari kemungkinan kekurangan vitamin C. Orang yang kekurangan vitamin C juga mudah jatuh sakit karena sistem imun tubuhnya lemah.

Sebotol SUSTAINED RELEASE VITAMIN C ni ada 180 biji..boleh tahan sampi 6 bulan taw..jimat sangat kalau nk bandingkan dengan brand lain..kalau berminat hubungi saya

ZETY
0132343837

No comments:

Post a Comment